Selasa, 23 Julai 2013

Himpunan Hijau mahu kumpul sejuta tandatangan, berhimpun

Oleh Md Izwan

Sebahagian tenaga penting dalam menjayakan kempen sejuta tandatangan bantah Lynas. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari. 

Sebahagian tenaga penting dalam menjayakan kempen sejuta tandatangan bantah Lynas. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.Kumpulan pejuang alam sekitar, Himpunan Hijau hari ini merancang mengumpulkan sejuta tandatangan dan mengadakan perhimpunan besar-besaran Oktober ini bagi membantah operasi kilang nadir bumi Lynas di Kuantan, Pahang.

Presidennya, Wong Tack, berkata kempen itu bermula 1 Ogos ini dan kemuncaknya pada 24 Ogos apabila semua 10,000 sukarelawan berhimpun di stesen masing-masing bagi mengumpul sejuta tandatangan.

"Kempen ini bermula 1 Ogos dan tempoh 100 hari ialah jarak masa untuk mengumpulkan sejuta tandatangan," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, hari ini. 22 Julai, 2013.

Tandatangani melalui kempen bertema 'Kuburkan Lynas dengan sejuta tandatangan' akan dihantar pada September ini kepada Yang di-Pertuan Agong, Parlimen Malaysia, kedutaan Jepun dan Australia serta institusi yang ada kaitan niaga dengan Lynas .

Jika tiada tindakan susulan dari Barisan Nasional (BN), Wong berkata pihaknya akan menganjurkan Himpunan Hijau 2.0 secara besar-besaran pada Oktober sebagai tanda bantahan.

"Ya, kami akan pertimbangkan satu perhimpunan. Kemungkinan ia akandiadakan pada Oktober nanti.

"Oktober adalah tarikh baik memandangkan Ogos dan September banyak perayaan. Jadi kami rasa bulan tersebut terbaik," katanya apabila ditanya sama ada perhimpunan besar-besaran dibuat selepas mengumpul sejuta tandatangan.

Wong berkata, lokasi perhimpunan ialah sekitar ibu negara tetapi mengakui belum ada perancangan penuh untuk menggerakannnya.

"Kita akan umumkan rancangan penuh perhimpunan kemudian," katanya turut yang bertanding atas tiket DAP pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Beliau juga mendakwa Putrajaya mungkir janji untuk menghentikan operasi kilang Lynas itu jika penduduk Kuantan menolak Barisan Nasional (BN) pada PRU 13.

"Dulu sebelum pilihan raya, kerajaan kata biar penduduk Kuantan pilih tapi apabila penduduk membuat keputusan, menteri besar dan menteri bertanggungjawab berdiam diri," katanya. 22 Julai, 2013.

Wong berkata, lokasi perhimpunan ialah sekitar ibu negara tetapi mengakui belum ada perancangan penuh untuk menggerakannnya.

"Kita akan umumkan rancangan penuh perhimpunan kemudian," katanya turut yang bertanding atas tiket DAP pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Beliau juga mendakwa Putrajaya mungkir janji untuk menghentikan operasi kilang Lynas itu jika penduduk Kuantan menolak Barisan Nasional (BN) pada PRU 13.

"Dulu sebelum pilihan raya, kerajaan kata biar penduduk Kuantan pilih tapi apabila penduduk membuat keputusan, menteri besar dan menteri bertanggungjawab berdiam diri," katanya.

November tahun lalu, Himpunan Hijau mengadakan perarakan besar-besaran di Dataran Merdeka selepas berjalan kaki sejauh 300 kilometer selama 13 hari bermula di Kuantan.

Kumpulan itu juga mendapat sokongan empat NGO lain iaitu Jawatankuasa Membantah Sianida Raub, (Ban Cyanide Committee), gabungan NGO Pengerang, dan NGO, anti-empangan Murum.

Tiada ulasan: