Isnin, 1 Julai 2013

Di bawah tekanan, kesederhanaan adalah cara Malaysia

OLEH JENNIFER GOMEZ DAN YISWAREE PALANSAMY

Hari ini The Malaysian Insider melancarkan pakej enam artikel mengenai cabaran kehadapan yang kritikal iaitu pendamaian. Bagaimanakah keadaan negara, dikalangan adik beradik yang mempunyai pendangan berbeza, rakan-rakan di kedai kopi, masyarakat sivil, ahli-ahli akademik dan pemikir yang perlu mencorakkan Malaysia kehadapan? Apakah Malaysia baru adalah Malaysia yang berpecah? Apakah kita akan terus kekal di sini?

Fakta: Pilihan raya umum ke 13 umpama ribut taufan yang membelah rakyat Malaysia, memutuskan persahabatan dan menyebabkan negara berada dalam keadaan kebencian, takut-menakutkan, syak wasangka dan keburukan.

Fakta: Malaysia tidak boleh terus berada dalam keadaan kemusnahan. Hubungan antara kaum dalam bahaya, keadaan ekonomi, kestablian politik, kesopanan dan reputasi negara kerana kesederhanaan.

Soalan panas: Apakah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak akan mengenepikan elemen marah, rasa dikhianati dan bertindak terhadap rakyat Malaysia yang tidak mengundi Barisan Nasional (BN) dan sebaliknya memberi tumpuan kepada memulihkan keadaan.

Najib sendiri telah bercakap dalam beberapa acara mengenai akibat buruk untuk Malaysia jika trend perpecahan semasa pilihan raya tidak ditangani.

Gambaran besar tidak menjanjikan apa-apa. Untuk itu, keadaan biasa di rumah telah menjadi lebih buruk semenjak 5 Mei.

Ambil keluarga Gopal sebagai contoh. Satu ketika dahulu, hubungan rapat diantara isteri-isteri kepada adik beradik Gopal. Namun, sekarang tidak lagi.

Punca perpecahan adalah apabila kakak ipar yang tinggal di Pantai Dalam memberitahu kepada suami adik ipar di Serdang masyarakat India di kawasan Parlimen Lembah Pantai tidak berterima kasih.

Selepas mengambil bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dari kerajaan BN, masyarakat India ini masih lagi mengundi Nurul Izzah Anwar dari Pakatan Rakyat (PR).

Adik ipar di Serdang menyerang kembali, menghubungi wanita di Pantai Dalam itu dan memberitahu 12 daripada ahli keluarganya mengundi calon DAP di Serdang Dr. Ong Kian Ming yang mengalahkan orang kuat MCA, Yap Pian Hon.

Perbualan telefon itu terhenti dan hanya kesunyian menyelubungi.?Ini bukanlah satu-satu kes yang berlaku. Hubungan perniagaan seorang ahli perniagaan Cina dan sebuah kerajaan negeri tercalar kerana ahli politik Umno marah kepada bukan Melayu kerana tidak menyokong BN.

Mereka memarahi hartawan itu dalam mesyuarat Exco baru-baru ini dan mengenakan syarat-syarat membebankan untuk penggunaan tanah ke atas beliau. Hubungan persahabatan yang ahli perniagaan itu telah jalin semenjak zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad masih lagi perdana menteri tidak diambil kira selepas PRU13.

Terdapat juga bukti kebencian yang disebarkan oleh media milik Umno sebelum pilihan raya mengenai Cina mahu merampas kuasa politik dari Melayu memberikan kesan, termasuk kepada orang-orang Melayu berpelajaran.

Di majlis-majlis makan malam peribadi, mereka menyuarakan perkara sama seperti dikatakan Utusan Malaysia dan Perkasa: masyarakat Cina seharusnya lebih setia kepada kerajaan yang menyediakan persekitaran untuk kejayaan ekonomi mereka.

Tidak mengejutkan apabila bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah beberapa minggu lalu menyelar masyarakat Cina kerana apa yang dikatakan pengkhianatan terhadap Melayu dan menggesa semua sekolah vernakular ditutup dan kerajaan memberikan tumpuan kepada hak istimewa orang-orang Melayu.??

Bagi penganut agama Kristian, kesangsian merupakan perkataan lembut untuk digunakan di era selepas pilihan raya. Untuk kepastian, terdapat kemarahan umum terhadap kerajaan berhubung isu belum selesai, termasuk penggunaan perkataan “Allah” oleh bukan Islam.

Akan tetapi semenjak selepas pilihan raya umum, kebenciaan bertukar menjadi penghinaan, dengan pemenang BN dan penyokongnya dilihat sebagai menipu untuk mengekalkan Putrajaya.

Merentasi spektrum politik adalah perasaan pengkhianatan dan kemarahan. Walaupun pasukan Najib kembali berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi di Parlimen, prestasi BN lebih teruk berbanding pada tahun 2008, termasuk kalah undi popular buat pertama kali pertama sejak kemerdekaan.

Latar belakang untuk ini adalah nafsu menghukum. Putrajaya mempunyai senarai ahli perniagaan yang memberi sumbangan kepada Pakatan Rakyat. Jika tiada halangan, Najib akan memberikan kesusahan ekonomi kepada mereka.

Penasihat DAP Lim Kit Siang telah berkecimpung lebih 40 tahun sebagai ahli politik – rusuhan kaum 13 Mei, penahanan di bawah ISA, pemecatan timbalan perdana menteri, krisis ekonomi 1997 – tetapi tidak pernah berhadapan dengan kesungguhan kerajaan untuk menghukum pengundi yang tidak menyokong BN.
Jadi, apakah terdapat kemungkinan untuk pendamaian?

Penganalisis politik Wong Chin Huat, felo Penang Institute mengatakan pendamaian diperlukan tetapi cabarannya bukan dari konteks kaum dan agama. Beliau mengatakan perpecahan adalah diantara mereka yang mahukan demokrasi lebih luas dan golongan – merasakan Malaysia sudah terlebih demokrasi.

“Kedua-dua pihak perlu duduk di meja rundingan,” katanya dan menambah terdapat 51 peratus yang mengundi untuk PR mahukan kepastian tiada penipuan dalam PRU14.

 “Di satu pihak lain, ketakutan dan kebimbangan 47 peratus rakyat yang mengundi BN juga harus didengari. Kita harus tahu apa yang mereka takutkan,” kata Wong.

Sebagai permulaan, perlu ada pelan tindakan untuk reformasi yang efektif, jadi apa pun keputusan pilihan raya akan datang, akan diterima semua pihak.

Pensyarah universiti dan penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian mengatakan pendamaian nasional mempunyai peluang jika skop masalah ditakrifkan terlebih dahulu.

 “Kita mesti bertanya apa yang perlu didamaikan dan tetapkan objektif,” katanya dan menambah keikhlasan dan kepercayaan adalah faktor utama untuk perpecahan ditamatkan.

Khalid Abdul Samad dari PAS dan pensyarah undang-undang Dr. Azmi Shahrom tidak begitu tertarik dengan cakap-cakap mengenai pendamaian nasional.

Bagi Khalid, lelaki yang menamatkan karier politik Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin di Shah Alam mudah sahaja: “Kita hanya perlu singkirkan mereka yang berkuasa dan menyebarkan ketidakpercayaan dan kebencian di kalangan rakyat. BN harus berhenti melaga-lagakan Melayu dan bukan Melayu.”

Azmi lebih berterus-terang.

Perpecahan dikalangan politik adalah normal dalam demokrasi, katanya. Tetapi jika Najib serius mahu lakukan pendamaian nasional, beliau harus menggembalikan kepercayaan terhadap sistem pilihan raya di kalangan rakyat Malaysia.

Nampak mudah, tetapi titik permulaannya menunjukkan betapa sukarnya tugas itu – Najib mengakui sistem pilihan raya di Malaysia cacat dan perlu diperbetulkan. – 1 Julai, 2013.

Siri berikutnya: Politik dan keluarga rakyat Malaysia.

Tiada ulasan: