Sabtu, 20 Julai 2013

BN Tertekan Dengan Prestasi Calonnya

Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/aberita24/IMG_2250(1).jpgBarisan Nasional (BN) disifatkan sebagai parti yang ketandusan idea dan ketandusan isu apabila parti itu menyerang peribadi calon PAS, Haji Endut @ Azlan Yusof dalam kempen pilihnarayan kecil DUN Kuala Besut.

Ketua Penerangan PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, selaku parti yang memerintah, sepatutnya BN membawa perkara berkaitan ‘dasar’ sewaktu berkempen dan bukannnya menyerang peribadi calon PAS yang lebh dikenali dengan panggilan 'Che Long'.

“Orang yang serang peribadi ni adalah orang yang ketandusan idea…………..ketandusan modal sepatutnya (BN) sebagai parti yang memerintah,

“dia harus bawa perkara-perkara dasar,bukan perkara-perkara peribadi,”ujarnya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Kampung Lampu, dekat sini pada Rabu 17 Julai.

Sehubungan itu, beliau merumuskan, calon BN dalam keadaan kritikal menyebabkan parti itu mengambil langkah ‘ofensif’ ekoran calon PAS merupakan ‘calon rakyat’.

“Saya menganggap bila umno menyerang peribadi calon pas,ini bermakna calon dia sebenarnya berada dalam keadaan kritikal. [Lihat Video]

“Diantara faktornya ialah masyarakat menilai calon pas ni adalah orang tempatan yang sentiasa bergelumang dengan pengundi.

“Kalau dia menang pun dia akan duduk disini (besut) berbanding dengan calon BN rumahnya di Putrajaya,”jelasnya.

Ustaz Tuan Ibrahim menegaskan, Umno dan BN disifatkan ‘mungkir janji’ apabila Timbalan Pengarah Pilihanrayanya, Sato’ Seri Idris Jusoh berjanji tidak akan menyerang peribadi kerana kempen yang dijalankan dalam bulan Ramadhan.

“Walaupun kita dan rakyat boleh menilai sebab dia sendiri yang berjanji supaya bila PRK ni dibulan Ramadhan,Kita tidak serang peribadi,kita menjaga,

“tiba-tiba dia yang berjanji tak nak serang,dia yang banyak menyerang peribadi calon pas dan banyak memusing fakta-fakta daripada calon pas sehingga kita lihat penyelewangan fakta ni sangat besar,”katanya.

Tiada ulasan: