Selasa, 16 Julai 2013

1,000 Ekar Sawah Terbiar Akibat Empangan Pecah

Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/aberita24/Gong%20Manoka.jpg Calon BN, Tengku Zaihan Mesti Bertagggungjawab

BESUT - Seluas kira-kira 1,000 ekar sawah padi terbiar kerana tidak dapat diusahakan sejak lebih setahun lalu akibat sikap tidak bertanggungjawab kerajaan Umno da Barisan Nasional (BN) dan kecuaian pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) , khususnya jurutera berkenaan.

"Sudah lebih 3 musim, kira-kira 1,000 ekar tanah sawah meliputi kawasan penanaman padi di Kampung Tok Saboh, Kampung Nangka, Kampung Bharu dan Kampung Gong Manok di dalam kawasan Dun Kuala Besut kering kontang,

"disebabkan Empangan Kampung Nangka yang merupakan nadi pengairan tanah sawah di lokasi-lokasi tersebut pecah kira-kira hampir 2 tahun yang lalu,"ujar Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik.

Beliau yang juga mantan Exco Pertanian negeri Terengganu menganggarkan, para petani mengalami kerugian bersih antara RM800 hingga RM1,000 bagi satu-satu musim.

Selain itu, menurutnya, kerugian juga ditanggung oleh rantaian pengeluaran padi yang termasuk dalam jelapang KETARA itu, termasuk pengendali mesin pembajak, pengedali mesin penuai padi, pengeluar da peniaga input-input pertanian seperti racu, baja dan lain-lai.

"(kita) ambillah angka yang paling rendah, petani cuma memperolehi RM800 untuk setiap ekar padi semusim. (Jadi) 1,000 ekar sawah yang kering kontang bermakna keseluruhan petani-petani di kawasan terbabit telah kehilangan pendapatan kira-kira RM800,000!, Bagaimana pula angka kerugian selama 3 musim?,"
jelasnya.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita24/empangan%20kg%20nangka.jpgKataya, penduduk tempatan yang ditemui menyatakan, punca utama pecahnya empangan yang menjadi nadi pengairan tanah sawah di lokasi terbabit adalah kegiatan menyedut pasir secara tak terkawal yang mengundang berlakunya hakisan teruk yang difahamkan, kerja-kerja menyedut pasir tersebut dimonopoli oleh orang-orang kuat Umno Besut.

Beliau berkata, tragisnya, empangan tersebut pecah ketika calon BN bagi PRK Kuala Besut berkhidmat sebagai Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut sebelum beliau berpindah ke Putrajaya kira-kira 3 bulan yang lalu.

"Alangkah baiknya kalau beliau mengucapkan… sepatutnya saya bertindak cepat dan berkesan kerana saya adalah anak jati Kuala Besut, masalah empangan pula melibatkan petani-petani di kawasan Kuala Besut, kawasan saya,

"empangan ini pula di bawah bidang kuasa JPS Besut, saya pula adalah juruteranya tetapi saya telah gagal.”ujar Dato' Abu Bakar.

Beliau menegaskan, Jurutera yang berkhidmat bagi JPS Besut ketika itu adalah Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman yang kini diangkat oleh Umno-BN sebagai calon menentang PAS di pilihanraya kecil DUN Kuala Besut.

Oleh itu, beliau berkata selaku Jurutera, Tengku Zaihan sepatutnya mempunyai maklumat lebih awal dan mengambil tindakan, bagi mengelakkan kerjadian itu daripada berlaku.

Justeru beliau menuntut penjelasan berhubung perkara tersebut, supaya rakyat dan pengundi DUN Kuala Besut diberikan maklumat sebenarnya

"Ini bukan serangan peribadi, tetapi rekod perkhidmatan sebagai kakitangan kerajaan yang berhak diketahui oleh pengundi......... kerana BN mencanangkan bahawa calonnya adalah professional anak tempatan yang diyakini mampu memberikan khidmat dengan baik untuk memajukan Kuala Besut,"tambahnya

Tiada ulasan: