Rabu, 5 Jun 2013

Umno wujudkan ‘Briged DDD’ untuk burukkan dan hancurkan DAP, kata Kit Siang

THE MALAYSIAN INSIDER
 


KUALA LUMPUR — Umno yang lebih kaya menubuhkan pasukan khas "Briged DDD" bermaksud Demonise(burukkan)/Destroy(hancurkan) DAP dan bermimpikan "Read Bean Army" direka sebagai percubaan untuk menjatuhkan DAP semasa pilihan raya, kata Lim Kit Siang hari ini.

Dalam usaha menepis khabar angin mengaitkan parti itu kepada kumpulan 3,000 orang pahlawan digital dinamakan mengikut pencuci mulut masyarakat Cina, ahli parlimen pembangkang veteran itu berusaha menterbalikkan meja ke musuh politiknya dengan menuduh penasihat rapat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendanai skim rahsia dan sulit untuk "memburukkan dan memusnahkan DAP", semenjak September lepas.

"Bertambahnya dakwaan keterlaluan dongeng 3,000 tentera siber "Red Bean Army" yang dibiayai DAP dengan bajet RM100 juta sehingga RM1 bilion sejak enam tahun lalu adalah salah satu tugas Pasukan "DDD" yang penuh kerahsiaan itu," kata ahli Parlimen Gelang Patah (gambar) itu dalam satu kenyataan hari ini.

"Siasatan lanjut menunjukkan bahawa konspirasi yang dibiayai Umno/BN untuk memburuk-burukkan dan menghancurkan DAP (Pasukan DDD) mempunyai pusat arahan tertinggi dan telah digerakkan pada September tahun lepas atau lapan bulan sebelum pembubaran Parlimen pada April dan bukan sekadar tiga bulan yakni pada bulan Januari seperti yang disangkakan sebelum ini," tambah beliau lagi.

Tugas "Briged DDD", menurut Lim adalah untuk membangkitkan kesangsian dalam, konflik dan perselisihan di dalam DAP, memburuk-burukkan dan merosakkan kredibiliti, integriti dan keyakinan orang ramai terhadap pemimpin-pemimpin DAP dan menggambarkan imej DAP sebagai parti cauvinis Cina yang anti-Melayu dan anti-India.

Beliau berkata pasukan itu telah memulakan serangan terhadap DAP selepas pemilihan parti itu pada 16 Disember lalu dengan mencanangkan masalah teknikal terhadap keputusan pengundian parti itu untuk penyelewengan utama dan menolak bagi pembatalan pendaftaran sebagai sebuah entiti politik.

Beliau membangkitkan berita berat sebelah yang meningkat dalam media dikuasai Umno-BN, terutamanya akhbar-akhbar seperti Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan The Star, dari bulan September sebagai sebahagian daripada objektif serampang tiga mata Briged DDD untuk memastikan kekalahan parti pembangkang kepada MCA di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek di Selangor, sebagai pulangan kepada BN dan penghapusan DAP dalam pilihan raya umum.

"Analisa terhadap pembohongan dan penipuan yang digerakkan oleh Pasukan DDD menunjukkan kebejatan yang "Bilik Perang" Umno/BN sanggup sokong demi merobohkan dan memusnahkan DAP, benar-benar mereka telah hilangan semua penghormatan ke atas kebenaran, keadilan dan etika," kata Lim.

Penasihat DAP itu, bagaimanapun, mendakwa pengundi berjaya menggagalkan usaha ini, dengan mengundi kembali penyandang Lai Nyuk Lan di kerusi DUN Sungai Pelek dengan majoriti 1,972 pada pilihan raya umum 2013 dan meningkatkan kerusi parti itu di DUN Selangor dan 15 kerusi Parlimen menjadikannya 38 daripada 222 anggota Dewan Rakyat.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan sebuah syarikat elektronik terbesar di Taiwan yang dimiliki seorang rakyat Malaysia sedang disiasat pihak berkuasa negara ini kerana dikenal pasti mempunyai hubungan dengan kegiatan tentera siber Red Bean Army.

Menurut sumber kepada Utusan Malaysia, pemilik syarikat itu merupakan graduan di sebuah universiti di Taiwan mempunyai pengalaman bekerja di syarikat elektronik terbesar di negara itu sebelum memutuskan untuk membuka cawangan di Malaysia.

"Dia membuka cawangan syarikat tersebut di Pulau Pinang selepas mendapat bantuan dan kelulusan kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN) kira-kira tiga tahun lalu tetapi akhirnya menyokong pergerakan Red Bean Army yang dipercayai diatur oleh pihak pembangkang," lapor Utusan Malaysia.

Tiada ulasan: