Isnin, 10 Jun 2013

Takziah buat keluarga seniwati Latifah Omar

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Latifah Omar yang meninggal dunia petang tadi.

“Al-fatehah buat seniwati Latifah Omar. Moga rohnya dicucuri rahmat Allah. Salam takziah utk keluarga Allahyarham,” tulis beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu melalui twitter, malam ini.

Seniwati Latifah Omar, 74, dilaporkan meninggal dunia petang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.

Semasa hayat, beliau membintangi 23 filem seperti Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul.

Allahyarham mula berlakon pada usia 16 tahun menerusi filem Panggilan Pulau pada 1954 dan filem terakhir ialah Hati Batu (1973).

Tiada ulasan: