Khamis, 20 Jun 2013

Pemilik Menara Umno sedia ke mahkamah

 


 
Ketua Pegawai Eksekutif JKP Sdn Bhd, pemunya Menara Umno, berkata syarikat itu rela diheret ke mahkamah jika didapati cuai kerana gagal menyerahkan audit berkala bangunan kepada pihak berkuasa tempatan.

azlanAdzmi Ariffin berkata, syarikat itu juga menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan gagal menyerahkan laporan itu kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 2008.

"Kita wujudkan inkuiri sendiri untuk lihat jika terdapat kecuaian di pihak kakitangan kami kerana gagal menyerahkan audit berkala kepada MPPP.

"Jika MPPP dapati kami lakukan kesilapan, justeru kita tiada pilihan selain menghormati undang-undang dan dibawa ke mahkamah," katanya.

Adzmi berkata, syarikat itu membeli bangunan itu pada 2005 tetapi tidak sedar bahawa ia mesti menghantar laporan audit kepada pihak berkuasa tempatan selepas bangunan itu mencapai umur 10 tahun.

Beliau memberitahu sidang akhbar, laporan siasatan berhubung runtuhan penebat kilat itu akan dihantar kepada kerajaan negeri pada minggu depan.

Tiada ulasan: