Khamis, 6 Jun 2013

Najib: Kementerian Pengangkutan kaji semula prosedur lesen bot, feri

SINAR HARIAN
Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan akan mengkaji semula prosedur pelesenan bot dan feri di sungai-sungai Sarawak untuk mengelakkan tragedi bot karam berulang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata demikian dalam tweet terbaharunya berhubung kejadian sebuah bot ekspres yang membawa lebih 200 penumpang karam di Giam Bungan, Sungai Rajang, Sarawak, Selasa lepas.

Bot ekspres yang sarat dengan penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Hari Gawai, karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan, kira-kira 40 minit perjalanan dari Sibu, Sarawak.

Setakat ini, jumlah mangsa yang selamat ialah 205 orang, dua masih hilang dan satu mayat, Tujok Lah, sudah dijumpai.

Dua mangsa yang masih hilang ialah Roslin Jati dan Maurice Ajan. - Bernama

Tiada ulasan: