Rabu, 5 Jun 2013

Minta MBSA Kaji Semula Kelulusan Bina Pawagam Di Shah Alam


Khalid-Samad edit

SHAH ALAM  : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) perlu mengkaji semula kelulusan projek pembangunan di kawasan berhampiran Padang Jawa di sini di mana sebuah mini teater bakal diwujudkan di dalam kompleks perniagaan di situ.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mendakwa mengikut pelan asal pembangunan kompleks perniagaan di Alam Avenue 2 tersebut, tiada terdapat perancangan bagi pembinaan mini teater berkenaan.

Beliau berkata, MBSA sewajarnya mengekalkan keadaan asal di mana tiada pembinaan panggung wayang atau pusat hiburan di sekitar Seksyen 1 hingga Seksyen 24 Shah Alam sepertimana kehendak Almarhum Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

“Saya telah menulis kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya perkara ini dipertimbangkan kembali,”katanya dalam sidang di pejabatnya di sini.

Tegasnya, kepentingan penduduk di kawasan itu perlu diambil kira oleh MBSA sebelum sebarang keputusan dibuat bagi projek berkenaan.

“Saya telah mengutus surat kepada Datuk Bandar Shah Alam pada Januari lalu tetapi setakat ini tiada respon,” katanya.

Tiada ulasan: