Isnin, 17 Jun 2013

Laungan ‘multiracialism’ hanya retorik kosong semata-mata



Oleh Aspan Alias

Retorik politik adalah biasa dan kalau kita sedar ia bertambah nyata dan mekar dalam situasi sekarang ini.

Apabila situasi keseimbangan kekuatan sokongan diantara parti-parti kerajaan dan pembangkang segala retorik yang diungkapan dengan gah dahulu mungkin tidak terpakai lagi.

Janji-janji untuk perpaduan kaum yang dilaungkan akhirnya tidak kemana juga. Ciri-ciri dan sentimen perkauman masih menjadi isu sebenarnya.

Omong-omong setengah parti yang memperjuangkan semua kaum tidak juga wujud.
Ia merupakan omong-omong semasa pilihan raya sahaja.

Selepas pilihan raya rakyat baru sedar retorik kosong itu adalah perkara yang selalu berlaku sebelum ini.
Dalam pada beretorik untuk berjuang bagi semua kaum, ketua sebuah parti di sebuah negeri berkata seminggu dua sebelum PRU ke 13, bahawa di negerinya tidak akan ada calon Melayu Islam.

Pengumuman itu tidak salah, ‘content’ pengumuman tidak melambangkan parti untuk semua kaum dan agama seperti yang dilaung-laungkannya selama ini.

Jelas parti itu telah berbohong.

Persoalannya jika benar pun tidak ada calon Melayu dan Islam mewakili partinya, apa perlu menyebut Melayu dan Islam dalam kenyataannya itu?

Bukankah parti itu parti memperjuangkan Malaysian Malaysia?

Bukankah selama ini berucap dengan gah mengatakan parti itu bukan parti Cina dan sebagainya? Kalau benar parti itu parti semua bangsa tidak perlu menyebut tiada orang Melayu dan Islam sebagai calon dan sebagainya.

Hanya sebut di NS calonnya adalah seperti berikut….dan sebutkan nama mereka sudahlah tanpa memberikan kategori yang mereka itu Cina atau Melayu dan Islam.

Justeru perkauman tetap menjadi isu.

Jika isu perkauman ini tidak juga dapat di selesaikan dan menjadi praktis kepada mana-mana pihak maka tidak salah jika bangsa-bangsa di negara ini memberikan sokongan kepada parti yang dikerumuni oleh bangsa masing-masing.

Hasil dari permainan isu perkauman ini, maka jangan disalahkan jika berlaku syak wasangka diantara kaum dan politik boleh mengubah banyak perkara dalam negara ini.

Jika ada parti yang menang besar dalam mana-mana negeri mengikut saluran perkauman, maka ia akan menjadi kecil jika parti-parti dari bangsa lain berkumpul dan bersatu untuk kepentingan bangsanya pada masa yang akan datang.

Contohnya di Selangor, jika ada penyatuan diantara Umno dan PAS dan beberapa orang wakil Melayu dalam PKR maka kerajaan Selangor akan berubah wajah.

Mungkin seorang MB bernama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu akan menjadi Ketua Pembangkang memimpin DAP yang bakal menjadi pembangkang jika perkara ini berlaku.

Kerajaan Selangor mungkin dipimpin oleh Dr Rani Osman atau Mohamed Azmin Ali jika Azmin bersama-sama mengumpulkan Melayu untuk mempertahankan bangsanya di masa depan.

PAS dan Azmin boleh memberikan sebab yang sebenarnya retorik untuk semua kaum dan agama yang di sebut dalam pilihan raya lalu hanya lah permainan lidah yang tidak bertulang itu.

DAP masih dilihat sebagai parti Cina kerana tidak ada seorang pun wakilnya dikalangan orang Melayu dalam Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN).

Saya menulis ini kerana ramai sangat yang menghubungi saya samada apa yang dikatakan oleh DAP selama ini itu betul-betul jujur atau pun hanya permainan lidah politik sahaja?

Mereka beranggapan jika DAP sesungguhnya parti untuk orang Cina dan menempelkan beberapa Melayu sebagai ‘window dressers’ sahaja.

Maka sudah sampai masanya orang Melayu membuat persediaan untuk mempertahankan maruah mereka dalam semua DUN dalam negara ini.

Kumpulan ini berpendapat jika DAP masih dengan bau Cinanya maka lebih baik pertahankan MCA sahaja.
Setidak-tidaknya MCA telah lama bekerjasama diantara berbagai bangsa sejak mereka dahulu dan jasanya dirasai oleh semua bangsa apabila MCA adalah parti yang bersama-sama menyempurnakan kemerdekaan negara dahulu.

Saya menghormati pandangan semua pihak dan kumpulan seperti inilah yang bertanggungjawab memusnahkan harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri bersama Pakatan Rakyat yang sebelum pilihan raya lalu begitu ‘confident’ untuk mengambil alih Putrajaya.

Mereka ini adalah dari kumpulan yang besar yang kita kenal sebagai kumpulan diatas pagar.

Kita mesti ingat kumpulan diatas pagar ini merupakan kumpulan yang lebih berfikir dari bercakap kerana mereka bukannya ada kepentingan untuk menjadi Perdana Menteri atau Menteri Besar dan sebagainya.

Kumpulan ini kebanyakannya adalah dari kaum Melayu dan mempunyai pengaruh besar sebagai penentu dalam mana-mana pilihan raya.

Jika pandangan ini diterima baik oleh wakil-wakil DUN di Selangor, maka kemungkinan kerjasama Melayu Islam dalam negeri itu akan mampu merubah segala-galanya dalam kerajaan Selangor.

Bagi pendapat kumpulan ini jika DAP telah tidak menunaikan komitmen mereka untuk perjuangan semua bangsa maka tidak salah sebagai langkah mempertahankan kewibawaan melayu dan bangsa lain itu diambil.

Ramai dikalangan rakyat sudah jemu dikelirukan dengan strategi yang halus untuk mendapatkan sokongan orang Melayu ini tanpa perlu memberikan 'reciprocal' terhadap sokongan Melayu itu.

Bagi saya jika tidak ada pihak yang benar-benar serius untuk memperjuangkan isu semua bangsa ini maka elok kita bermain politik dengan isu bangsa terus-terusan.

Senang begitu. Tidak payah memaparkan ‘hypocrisy’ buruk itu kerana akhirnya rakyat akan dapat menangkap sifat kita itu.

Tidak salah rasanya jika saya nyatakan dalam posting saya semalam yang orang Melayu merupakan bangsa penentu politik negara ini.

Baik buruknya orang Melayu yang akan menungkah arus jika ada arus yang cuba untuk mengeliru dan mempermainkan bangsa mereka.

Kita cadangkan diforumkan dan diseminarkan isu ini selalu, dan saya akan dengan rela hati beserta dengan sesiapa yang mahu melakukannya.

Kita bincang hal ini secara terbuka. Jangan berselindung lagi.Kita perlu mengambil sikap jelas.

Hendak meneruskan perjuangan berbilang kaum, atau hanya perjuangkan isu kaum-kaum yang tertentu sahaja. - aspanaliasnet.blogspot.com

Tiada ulasan: