Rabu, 5 Jun 2013

Kes Dhamendran: Polis terlibat didakwa hari ini



MALAYSIA KINI


 
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata anggota polis yang terlibat dalam kes pembunuhan seorang tahanan N Dhamendran akan didakwa di mahkamah petang ini atas tuduhan membunuh.

“Pasukan petugas yang ditubuhkan oleh Ketua Polis Negara untuk menyiasat perkara ini telah menyelesaikan siasatannya dan telah mengemukakan kertas siasatan yang berkaitan kepada Jabatan Peguam Negara pada 4 Jun 2013.

“Berdasarkan keterangan yang diperoleh menerusi siasatan itu, saya telah memutuskan untuk menuduh anggota polis yang terlibat atas tuduhan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Anggota polis yang berkenaan akan dituduh di mahkamah petang hari ini, 5 Jun 2013,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tindakan segera pasukan polis dalam menangani kes berkenaan adalah membanggakan dan menggambarkan komitmen PDRM untuk menegakkan kewibawaan institusi tersebut.

Tiada ulasan: