Selasa, 11 Jun 2013

Isu Hakisan Pantai dan Rampasan Tanah Banggol Donas Ke Sidang Parlimen

http://2.bp.blogspot.com/-vr2P5rnoorU/Tsoz6E1xG1I/AAAAAAAABP8/Azn1rz9X-fc/s640/21112011%252520034.jpgWartawan Buletin 

KUALA NERUS - Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali akan membawa dua isu besar yang berlaku di dalam kawasan Parlimen itu iaitu isu hakisan pantai Tok Jembal dan rampasan tanah di Kampung Banggol Donas.

Hakisan pantai Tok Jembal telah merebak sehingga hampir dua kiloeter dari pantai berhampiran lapangan terbang Sultan Mahmud sehingga ke pantai berhampiran Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Hakisan pantai yang berlaku ekoran penambakan laut bagi memanjangkan landasan terbang Lapangan Terbang Sultan Mahmud tidak selesai walau pun beberapa tindakan telah dibuat oleh kerajaan.

Sehingga kini, sebanyak RM81 juta telah dibelanjakan bagi mengawal hakisan tersebut, namun ia masih gagal.

Manakala rampasan tanah melibatkan 22 buah rumah penduduk Kampung Banggol Donas adalah kerana pembinaan projek jalan dan jambatan dari Kampung Bukit Guntong hingga Kampung Kubang Jela.

Pembinaan jalan susur keluar dari Lebuhraya Pantai Timur tersebut telah dianugerahkan kepada syarikat yang menjadi milik Ketua Pemuda UMNO Terengganu iaitu MZ Hakujaya Sdn Bhd. berharga RM226 Juta yang hanya jaraknya 5.6 KM sahaja.

http://buletinonline.net/images/stories/berita53/banggoldonas03042012%20082.jpgPelbagai aduan dan bantahan dari Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung Banggol Donas telah dibuat termasuk kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berkaitan pelanggaran hak dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu.

Kontraktor terbabit pembinaan telah melaksanakan kerja-kerja pembinaan sebelum mendapat persetujuan dari tuan-tuan tanah yang terlibat dengan pembinaan itu.

Apa yang menjadi kemusykilan adalah, jajaran tersebut dibuat dengan sengaja melanggar tanah dan rumah penduduk kampung, sedangkan terdapat alternatif mengubah laluan  di tanah kosong bersebelahan kampung tersebut.

Rakyat Kuala Nerus dan negeri Terengganu telah menolak mereka yang terbabit dengan skandal pencerobohan serta rampasan tanah itu apabila semua wakil-wakil rakyat Umno-BN kalah dalam pilihanraya umum kali ke-13 lalu.

Antara mereka yang bersekongkol dengan kerja jahat itu adalah, bekas Adun Teluk Pasu Datuk Abd Rahin Said, bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri dan dua bekas Exco Infrastruktur negeri Terengganu Datuk Yahya Khatib dan Datuk Zaabar.

Tiada ulasan: