Khamis, 6 Jun 2013

Hisham Sedia Kutip Cukai Sekiranya Ahmad Said Tak Mahu Laksana Pembangunan

Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/Hisham1.pngKUALA NERUS - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim menawarkan diri untuk mengutip cukai di kawasan beliau bagi mendapatkan dana sekiranya kerajaan negeri dibawah kepimpinan Dato' Seri Ahmad Said tidak mahu melaksanakan pembangunan.

Beliau menegaskan PAS tidak ada masalah peribadi dengan pemimpin Umno dan beliau sendiri tidak pernah menyerang peribadi mana-mana pemimpin Umno  termasuk bekas wakil rakyat Tepoh Ustaz Ramli Nuh.

Namun begitu, beliau agak terkilan dan marah dengan kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said yang menyatakan tidak mahu melaksanakan pembangunan di kawasan yang BN Kalah pada pilihanraya umum ke-13 lalu.

"isu peribadi saya memang tidak menyerang secara peribadi tetapi pada dasarnya, polisinya......kita ambil atas nama parti........cuma mungkin nak marah sedikit pada Dato' Seri Ahmad Said baru ni lah.........sebab dia (Ahmad Said) kata tak ada pembangunan (di kawasan BN Kalah),

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/Hisham2.png"jadi kita jadi pelik.......bagaimana tak ada pembangunan sedangkan cukai dia kutip, kalau dia tak kutip hok (yang di) Tepoh ini sahaja banyak mana dah? Di Gong Badak (ada) kilang-kilang dan industri, banyak mana dah (hasil dari) kalau dia tak kutip?

"kalau dia kata nak (minta) wakil rakyat yang tadbir, wakil rakyat (boleh) tadbir, saya (boleh) kutip cukai (dan hasilnya) saya bawa balik untuk urus pembangunan untuk rakyat,"tegasnya

Beliau berkata demikian dalam program 'Temu Mata Awok Kite' YB Tepoh bersama 'Fecbooker' yang diadakan di Mengabang Telipot dekat sini semalam, Isnin 3 Jun.

[Lihat Video Part 1] [Lihat Vdeo Part 2]

Seramai hampir 100 orang hadirin terdiri dari anak-anak muda lelaki dan wanita hadir dalam program tersebut yang julung-julung kali diadakan selepas Ustaz Hishamuddin dipilih menjadi wakil rakyat Dun Tepoh.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/Hisham3.pngBeliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu berkata, program pertemuan itu adalah bertujuan merapatkan hubungan persaudaraan dikalangan peminat 'facebook' tanpa mengira latarbelakang parti politik.

Sehubungan itu, beliau menyeru supaya penjawat-penjawat di pejabat kerajaan dan pihak berkuasa tempatan agar dapat berkhidmat dengan lebih pofesioal tanpa mengira wakil rakyat dan dari parti yang diwakili.

Kataya, beliau akan menjalinkan hubungan 'lunak dan mesra' dan tidak 'berkonfrontasi' dengan semua jabatan kerajaan bagi menggalas komitmen berkhidmat kepada rakyat dan menyelesaikan masalah mereka.

Menurutnya, banyak aduan rakyat yang telah diterima dan perlu dielesaikan dengan kerjasama semua pihak bagi mengujudkan suasana politik yang lebih baik dan memberikan faedah kepada rakyat.

Tiada ulasan: