Isnin, 24 Jun 2013

Golongan berisiko tinggi diberi topeng muka

SEPANG – Golongan berisiko tinggi seperti pesakit asma, warga emas dan kanak-kanak yang ke klinik kesihatan dan hospital akan diberi topeng muka berikutan jerebu. Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata arahan itu dikeluarkan Menteri Kesihatan kepada semua pejabat kesihatan negeri.

“Kita risau terhadap kesihatan warga emas, kanak-kanak dan pesakit asma ini akibat jerebu,” katanya pada sidang akhbar selepas Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di Terminal Penerbangan Tambang Murah di sini hari ini.


Dr Azman berkata di Selangor, pemantauan turut dilakukan melalui bilik operasi berhubung jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan bagi sebarang penyakit akibat jerebu.

Mengulas dakwaan kehabisan bekalan topeng muka N95 di Selangor, beliau berkata pihaknya akan menyiasat perkara itu.

Tiada ulasan: