Isnin, 24 Jun 2013

Fahaman Komunis Gagal Kerana Lawan Allah

 Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/majlis%20gong%20kiat1.jpgMARANG - Fahaman komunis gagal kerana ia menganggap semua manusia 'sama', melawan takdir Allah SWT yang mengiktiraf fitrah kehidupan manusia, ada yang kaya dan ada yang miskin, diatas muka bumi ini

"kalau Allah jadikan semua (orang) kaya belaka, siapa dia nak turap jalan.....siapa dia nak tanam pisang.......siapa nak jadi nelayan (untuk menangkap ikan)? Jadi Allah Ta'ala maha adil, maka ada orang kaya....ada orang miskin,

"komunis adalah satu ideologi yang lawan takdir Allah, (ajaran) komunis meletakkan manusia samarata, kalau seorang daat seribu ringgit....semua orang dapat, sebab itu fahaman komunis gagal,"ujar ADUN Alor Limbat, Ustaz Ariffin Deraman.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/majlis%20gong%20kiat2.jpgBeliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pembahagian Sumbangan Bantuan Sempena Kedatangan Bulan Ramadhan di Kampung Gong Kita, dekat sini pada Jumaat 21 Jun. [lihat Video]
Seramai 500 orang yang kurang bekemampuan dari seluruh kawasan DUN Alor Limbat telah menerima sumbangan bantuan merupakan barang keperluan harian, beras, minyak masak dan gula.

Turut hadir dan menyampaikan sumbangan adalah isteri Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datin Seri Hajah Zainab Awang.

Ariffin berkata, sumbangan sempena kedatangan awal Ramadhan adalah bagi membantu mengurangkan beban keluarga menghadapi kenaikan harga barang yang begitu ketara selepas pilihanraya umum kali ke-13 Mei lalu, disamping menghadapi kedatangan bulan Ramadhan yang tidak berapa lama lagi.

Tiada ulasan: