Sabtu, 25 Mei 2013

Wakil-wakil PAS Akan Membawa Suara Rakyat Menegur Kepincangan Kerajaan

Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/adun%20pas2.jpgKUALA TERENGGANU - PAS akan menghantar soalan-soalan yang akan dikemukakan kepada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Sidang Dun) selengkapnya mengikut kuota yang diperuntukkan, walau pun pada pengalaman sidang dun penggal yang lalu kerajaan Umno dan Barisan Nasional sentiasa mencari helah untuk tidak menjawab.

Menurut Pengerusi Lujnah hal Ehwal Dun YB Dr Alias Razak, tanggungjawab menyampaikan suara rakyat adalah satu amanah yang berat dan mesti dilaksanakan oleh wakil-wakil rakyat yang telah diberi mandat oleh rakyat.

"kita (PAS) akan menghantar soalan-soalan ke sidang Dun selengkapnya, sebagaimana yang diminta, enam soalan lisan dan lima soalan bertulis, walau pun pada penggal lalu kerajaan Umno sering mencari alasan untuk tidak menjawab soalan,

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/adun%20pas.jpg"soalan kita merupakan suara rakyat yang menjadi tanggungjawab kita untuk disampaikan kepada pihak kerajaan, rakyat telah memilih kita dan kita wajib menyampaikannya,"ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusi Mesyuarat Lujnah tersebut di Pejabat Perhubungan PAS negeri Terengganu , dekat sini semalam pada Khamis, 23 Mei.

Beliau berkata, wakil-wakil rakyat yang baru dipilih pada sesi ini diberi taklimat berkait persiapan menghadapi Majlis mengangkat sumpah anggota dewan undangan negeri (Adun) Terengganu yang akan diadakan pada 16 Jun, di Wisma Darul Iman di sini.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/adun%20pas1.jpgKatanya, perasmian penggal baharu sidang DUN ke-13 pula akan disempurnakan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada 17 Jun dan diikuti dengan sesi perbahasan ucapan titah perasmian serta soal jawab.

Menurutnya, sesi perbahasan akan berlansung sehingga 19 Jun berserta sesi penggulungan dan katanya, sesi kali ini dijangka panas kerana beberapa dasar kerajaan Umno-BN tidak mencerminkan slogan 'merakyatkan pentadbiran dan pembangunan' negeri Terengganu.

Apatah lagi, katanya, isu 'Darul Runtuh' akan bergema kembali ekoran runtuhnya bumbung masjid di Kampung Binjai Kertas Kuala Berang pada Isnin lalu.

Tiada ulasan: