Khamis, 30 Mei 2013

Rampasan Harakah dan ugutan pengedar: Zahid Hamidi, KDN makin gila ....



oleh KUMPULAN AKTIVIS MEDIA INDEPENDEN (KAMI)
 
KDN makin menggila. Isnin lalu, penguatkuasa KDN telah kacau dan ugut penjual Harakah, di seluruh negara, termasuk di Shah Alam, Puchong dan Kota Kinabalu.

Alasan mengarut KDN, nama-nama  penjual itu tiada dalam senarai penjual-penjual Harakah yang pernah diserah oleh pihak pengurusan Harakah kepada KDN, lebih 10 tahun lalu. 
 
Nama-nama yang tidak ada dalam senarai itu tidak boleh menjual Harakah. Dahsyat sekali peraturan gila KDN ini; nak jual Harakah pun kena direstui oleh KDN terlebih dahulu.  
 
Kesannya, jualan Harakah jatuh hampir 10 ribu naskhah. KDN mahu penjual Harakah takut untuk pamerkan Harakah di premis masing-masing dan dengan itu pembaca sukar dapatkan Harakah di pasaran. 
 
Sebenarnya pihak KDN tidak perlu mengadakan operasi rampasan setiap minggu apatah lagi setiap hari. 
 
Sesekali penguatkuasa KDN melancarkan operasi sudah memadai, dengan andaian penjual dan pengedar Harakah akan takut dan tidak berani lagi menjual "bahan terlarang".
 
Akan sampai ketikanya, seperti pernah terjadi dahulu, untuk mendapatkan Harakah mungkin lebih susah daripada membeli dadah di Chow Kit! Dan ini berlaku di sebuah negara yang mendakwa telah melakukan proses transformasi politik!
 
Justeru, penguatkuasaan gila di atas syarat-syarat karut-marut ini mesti dihentikan segera. Menteri Dalam Negeri yang bebal, Zahid Hamidi tidak boleh berlepas tangan; dia harus bertanggungjawab sepenuhnya di atas tindakan represif yang primitif ini.

Tiada ulasan: