Rabu, 8 Mei 2013

'Politik Sukan' Che Mat Jusoh DiTolak Rakyat

Editor BULETIN

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/asal-bukan-che-mat.jpgKUALA TERENGGANU - Penampilan 'politik sukan' Pengerusi Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh gagal menarik minat rakyat khususnya di Dun Batu Burok apabila beliau tewas kepada calon PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Percubaan Che Mat Jusoh meyakinkan rakyat dengan kenyataan media, beliau tidak menghadapi masalah untuk mengimbangi masa antara aktiviti bola sepak dan politik, tidak mendatangkan kesan.

Pengumuman beliau sebagai calon Barisan Nasional (BN) hanya meniupkan kembali 'api kemarahan' para penyokong pasukan bola sepak negeri Terengganu dan menghidupkan semula kempen 'Asal Bukan Che Mat Jusoh' (ABC).

Kemarahan penyokong 'peteh' kepada Che Mat  sampai ke kemuncak apabila satu himpunan mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi PBSNT.

Keengganan Che Mat meletakkan jawatan disokong oleh Menteri Besar Dato' Seri Ahmad said yang menasihatnya supaya tidak tunduk kepada tntutan penyokong pasukan bola sepak Terengganu.

Oleh itu, pada 29 September lalu, kira-kira 500 penyokong pasukan bola sepak Terengganu mengadakan demonstrasi aman di kawasan parkir di hadapan Pusat Akuatik bermula jam 10.30 pagi bagi menyatakan pendirian mereka supaya satu perubahan besar dilakukan dalam pentadbiran tertinggi PBSNT. 

Antara dakwaan peminat 'sukan nombor satu' itu adalah, pemimpin PBSNT itu tidak memiliki integriti, daya saing, semangat berdikari malah terlalu bergantung serta mengharapkan bantuan daripada Kerajaan Negeri.

Walau pun didessak bertubi-tubi, Che Mat masih enggan meletakkan jawatan dan akhirnya rakyat telah menghukum beliau melalui peti undi pilihan raya umum kali ke-13 pada 5  Mei lalu.

Che Mat Jusoh yang mendapat undi sebanyak 11,406, tewas dengan majoriti 2,273 kepada Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang mendapat 13,679 undi.

Tiada ulasan: