Isnin, 27 Mei 2013

Nurul Izzah Ajak Rakyat Boikot Media Perdana, Desak Utusan Rakyat Diluluskan


nurul izzah suara rakyat 505 pj 01

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar malam tadi menggesa seluruh rakyat agar memboikot media pro-Umno seperti Utusan Malaysia.

Menurut beliau tindakan tersebut perlu dilakukan kerana media kawalan Umno-BN tersebut didapati cuba menanamkan kebencian dan perkauaman sesama rakyat.

“Bila kita dah boikot semua media arus perdana saya mintak kita bersama pergi ke Putrajaya, kita desak Menteri Dalam Negeri yang baru walaupun tak boleh pakai, berikan kita lesen Utusan Rakyat untuk menggantikan Utusan Malaysia.

“Kita akan pastikan berita itu nanti benar-benar berita untuk rakyat dan bukan berita untuk menanam rasa kebencian,” kata beliau dalam ceramahnya di Perhimpunan Suara Rakyat 505 di Padang Timur Amcorp Mall di sini malam tadi.

Nurul Izzah juga memberitahu Pakatan Rakyat (PR) akan mengambil tindakan saman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas dakwaan menipu pilihan raya.

Nurul Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai pada 2010  pernah merancang mahu menerbitkan akhbar harian bertajuk “Utusan Rakyat”.

Bagaimanapun permohonan beliau untuk mendapatkan lesen akhbar daripada Kementerian Dalam Negeri yang ketika itu diterajui Datuk Seri Hishamuddin Hussein Onn, tidak pernah diluluskan.

Tiada ulasan: