Khamis, 2 Mei 2013

Menyanyi, menari tolak Subra di Segamat

 


 
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) nyata tidak semata-mata bersilat lidah apabila berkata mahu melihat Menteri Sumber Manusia Dr S Subramaniam tewas di Segamat.

Hari ini, lebih 200 anggotanya turun memenuhi bandar bagi menyatakan sikap mereka.

NONESebagai tindakan balas, sekumpulan penyokong Subra berpakaian biru BN sudah bersiap menunggunya.

Bagaimanapun, anggota Nube ternyata menenggelamkan kumpulan itu dengan bunyi deram, kompang dan vuvuzela mereka.

Suasana bertukar alakarnival oleh aksi kumpulan berbaju merah itu yang berbaris di tebing Jalan Kampung Genuang sambil menyanyi dan menari "tolak Subra" dan mengibarkan bendera kesatuan.

Penyokong Subra kelihatan cuba mengimbangkan keghairahan anggota Nube itu. Mereka membawa plakad "We love Subra, We love BN" (Kami sayang Subra, Kami Sayang BN).

Tiada ulasan: