Isnin, 27 Mei 2013

Kejadian Jenayah Kekerasan Menjadi-jadi Sejak PRU-13

Editor BULETIN

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/kesan%20peluru%20insiden%20semarak.jpgBESUT - Kejadian jenayah kekerasan semakin menjadi-jadi dalam daerah ini dan kawasan persekitarannya, selain kegiatan 'samseng jalanan' yang dilaporkan semakin bermaharajalela, sejak kempen pilihanraya umum kali ke-13 baru-baru ini

Seorang ahli kariah masjid Dalam Rhu, Semerak, Pasir Putih ditembak. Mangsa Hj. Zahari A Razak , 57 ditembak semasa keluar dari masjid selepas menunaikan solat Isya' di hadapan pintu masuk masjid berkenaan, pada Khamis malam 23 Mei.

Polis mengesahkan mangsa yang dibawa ke hospital Pasir Putih, Kelantan kemudiannya telah meninggal dunia itu adalah seorang tauke peraih ikan Kuala Besut, Terengganu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, mangsa mati selepas terkena satu daripada lima das tembakan dilepaskan penjenayah dari Kampung Pachakan, Jalan Semerak, ditembak seorang lelaki bermotosikal yang menunggu di luar pagar.

“Mangsa ke masjid untuk solat Maghrib pada jam 7 petang sebelum keluar bersama tiga jemaah untuk minum di kedai berhampiran dan masuk semula bagi menunaikan  olat Isyak. Selesai solat Isyak, dia yang memandu kereta jenis BMW 525i berwarna kelabu miliknya untuk pulang ke rumah.

“Sejurus melepasi pintu gerbang, lima das tembakan dilepaskan menyebabkan kereta dinaikinya bergerak perlahan dan berhenti apabila tayar terbenam di kawasan rumput bersebelahan masjid. Suspek pula memecut motosikal ke simpang Pasir Puteh-Kuala Besut,” katanya kepada pemberita di sini, semalam 24 Mei.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/kesan%20peluru%20insiden%20semarak3.jpgJalaluddin berkata, mangsa maut serta-merta di tempat kejadian. Siasatan awal mendapati tiga kesan tembakan ditemui pada cermin serta masing-masing satu pada pintu dan bawah pintu penumpang hadapan.

“Mayat dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk bedah siasat. Pemeriksaan forensik mendapati satu kesan tembakan kena pada belakang sebelah kiri tubuh mangsa.

"Suspek seorang lelaki bersenjata pistol belum dikenal pasti dan motif kejadian masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Menurut skuad BO Besut, mangsa adalah berasal dari negeri Terengganu tetapi menetap di Semerak, Pasir Putih.

Dalam perkembangan lain, banyak kejadian jenayah 'ugut dan pukul' berlaku di daerah ini, tetapi mangsa tidak melaporkannya kepada pihak polis kerana ia dipercayai berkaitan dengan individu-individu yang berpengaruh dalam daerah ini,

Pada malam sebelum pembuangan undi PRU-13 4 Mei lalu, seorang lelaki cedera akibat dibelasah 'sekumpulan' samseng yang dikatakan menguasai taman selera di bandar Jerteh.

Beberapa peiaga pasar malam dan pasar tani merasa diri mereka terancam apabila mereka dilaporkan telah di'ugut' oleh samseng dari kumpulan yang sama.

Tiada ulasan: