Sabtu, 4 Mei 2013

Isu video seks: Mustafa Ali sedia lafaz sumpah laknat

SINAR HARIAN

Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
 
MARANG - Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali berkata beliau bersedia melafazkan sumpah laknat berhubung video seks yang dikaitkan dengannya, jika isu itu menjejaskan parti itu.
  
Mustafa berkata beliau meminta pandangan dua pemimpin tertinggi Pas iaitu Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung perkara itu.
  
Bagaimanapun, katanya mereka memaklumkan bahawa beliau tidak perlu berbuat demikian.
  
"Jadi, sebab itu, walaupun macam-macam surat khabar sebut, saya tak kisah, tak gugur pun bulu roma saya, apa yang disebut surat khabar dan blog, saya masih boleh melaksanakan (tugas) dan tak jejas apa-apa.
  
"Ini adalah pandangan yang diberikan oleh autoriti dalam Pas, tak ada pandangan yang lebih tinggi selain Mursyidul Am dan Presiden yang mengatakan demikian," katanya dalam satu ucapan di Rusila malam tadi.
  
Dalam ucapan itu, Mustafa turut menafikan beliau adalah individu dalam video seks berkenaan.
  
"Saya tetap dengan pendirian saya, penyebaran video itu adalah kerja Umno, saya ada bukti tetapi tidak boleh kemukakannya sekarang, kita akan bertemu di mahkamah," katanya.  - Bernama

Tiada ulasan: