Rabu, 1 Mei 2013

Debat Gombak Setia: Wakil Umno gagal hadir

MALAYSIA CHRONICLE


GOMBAK: Bertempat di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, sepatutnya berlangsung debat antara calon PAS iaitu Ustaz Hasbullah Ridzwan dan calon Umno Datuk Said Anuar bin Said Ahmad malam ini.
Debat yang bertajuk “Agenda Gombak Setia” ini dianjurkan oleh Pemuda PAS Gombak.

Namun, peluang penduduk tempatan ingin menyaksikan perdebatan terbuka antara dua orang bakal wakil rakyat itu tidak tercapai kerana calon dari Umno itu gagal hadir.

Majlis yang bermula jam 9.00 malam itu akhirnya ditamatkan sekitar jam 11.00 malam selepas hanya calon PAS yang berucap.

Dalam ucapannya, calon PAS iaitu Ustaz Hasbullah Ridzwan memperkenalkan diri kepada khalayak dan menyatakan harapannya agar suasana politik di Malaysia suatu hari nanti menjadi lebih matang dan bertanggungjawab.

“Tujuan diadakan program seumpama ini ialah kita mahu membudayakan suasana politik yang matang. Hujah mestilah di lawan dengan hujah. Rakyat pula hadir sebagai menuntut hak sebagai pengundi untuk mengetahui apakah manifesto dan khidmat yang ditawarkan oleh kedua-dua belah pihak,” ujar Ustaz Hasbullah.

Dalam ucapannya juga, beliau menyentuh peri pentingnya rakyat memilih pemimpin yang amanah, yang menegakan keadilan dan kesaksamaan.

Beliau memetik ayat al-Quran dari Surah an-Nisa bagi mengambarkan seruan tersebut.

“Manifesto Pakatan Rakyat bukan bersifat pemberian sementara tetapi pemberian jangka panjang. Manifesto datangnya dari suara hati rakyat, bukan sekadar untuk memancing undi.

"Oleh sebab itu, Umno Selangor tersilap cetak pada salah satu kain rentangnya yang menyatakan akan memberikan 20 liter air percuma. Sedangkan Kerajaan PR beri 20 meter padu percuma setiap bulan,” katanya.

Beliau turut mengulangi tawaran PR seperti penghapusan saman AES, menurunkan harga kereta, menurunkan harga petrol, membina rumah mampu milik, menhapsukan tol dan lain-lain lagi.
Ucapan beliau diselanng seli oleh tepukan gemuruh para hadirin yang hadir.

Sebagai mengisi kekosongan wakil Umno, YDP PAS Gombak, Ustaz Salahuddin Nasir turut menyampaikan ucapan.

Beliau mengimbau kembali sikap Umno yang sejak dulu takut berdebat secara bersemuka.
Contohnya dalam isu kafir mengkafir yang pernah berlaku suatu masa dahulu – akhir Umno berselindung di sebalik penyimpan mohor besar raja-raja dan debat tentangnya dibatalkan.

Ustaz Salahuddin turut menyeru agar penduduk Gombak setia memberikan undi kepada Ustaz Hasbullah bagi mewakili DUN Gombak Setia.

Kenali calon anda bagi DUN N17 Gombak Setia

Perihal
Ustaz Hasbullah Ridzwan adalah Ketua Pemuda PAS Selangor dan merupakan anak jati kelahiran Selangor yang lahir, dibesarkan dan menetap di Gombak.

Biografi
LATAR BELAKANG
1. Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
2. Lahir pada 3 Julai 1975
3. Usia - 38 Tahun
4. mempunyai empat orang adik beradik
5. Berasal dari Kampung Nakhoda, Batu Caves, Gombak

PENDIDIKAN
1. SRK Taman Selayang
2. SMKA Maahad Hamidiah Kajang
3. Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang
4. Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
5. Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
6. Fakulti Dakwah & Ilmu Komunikasi di Universiti Islam Negeri Sultan Shariff Kasim Riau

PERKAHWINAN
Berkahwin dengan Ruhaiza Binti Mohamed dan dikurniakan empat orang anak.

PENGALAMAN POLITIK
1. Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor (2009 sehingga kini)
2. Memangku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak (2012 sehingga kini)
3. Naib Yang Dipertua PAS Kawasan (2011-2012)
4. Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak (2001-2007
5. Pengerusi Tetap PAS Cawangan Kg Nakhoda (2011-2013)
6. Timbalan Pengarah MTD Batu Caves (2004-2011)
7. Setiausaha PAS Kaw¬asan Gombak (2009-2011)
8. Setiausaha Kerja PAS Kawasan Gombak (1999-2004)
9. Setiausaha PAS Cawangan Kg Nakhoda (1998-2009)

KEGIATAN KEMASYARAKATAN
1. Ahli Majlis Perbandaran Selayang
2. Nazir Masjid Jamek Kg Nakhoda
3. Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Kafa Al Humaira Kg Nakhoda
4. Pengerusi Badan Khairat Kematian Kg Nakhoda
5. Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Selangor
6. Pengerusi Pusat Asuhan Tunas Islam Gombak
7. Pengerusi Majlis Permuafakatan Tadika Selangor

VISI
Merealisasi Gombak Berkebajikan Dan Meneruskan Kecemerlangan

MISI
1. Memahami kehendak dan keperluan masyarakat setempat
2. Menyelesaikan masalah pembangunan prasarana setempat
3. Mengharmonikan perpaduan erat masyarakat majmuk.
4. Menyuburkan Gombak sebagai pusat pembangunan insan melalui institusi masjid dan pusat pendidikan setempat.
5. Menggiatkan kegiatan dan syiar Islam
Beliau juga boleh diakses melalui:
http://www.ustaz-hasbullah.blogspot.com/
https://twitter.com/ustazhasbullah

kapsyen:
1. Ustaz Hasbullah (kiri) dan Ustaz Salahuddin Nasir
2. Ustaz Hasbullah diwawancara oleh wartawan The Sun dan Selangorkini seusai majlis.
3. Para penyokong yang hadir mengambil
-harakahdaily.

Tiada ulasan: