Rabu, 1 Mei 2013

Dato' Razif Ada Dalam Majlis Dan Melihat Sama Tayangan Video Lucah

Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/Khairul.pngKUALA NERUS - Calon Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Takir yang juga masih Exco Kerajaan Sementara Terengganu Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman berada dalam majlis dan melihat sama tayangan video lucah.

Menurut pengadu, Khairul Nizam Abdullah, pada 22 April, 2013 lebih kurang jam 11 malam bertempat di perkarangan bangunan Penyelaras Umno Dun Seberang Takir, beliau telah berhenti dan duduk bersama orang untuk mendengar ceramah tersebut.

"saya duduk di belakang Razif, dia tengok sama, tidak menghalang tayangan video lucah itu,"ujar Khairul apabila ditanya, bagaimana dia tahu Ketua Penerangan Umno Terengganu itu ada dalam majlis ceramah tersebut..

Kata Khairul, beliau lalu di hadapan bangunan penyelarasa Umno Seberang Takir pada malam tersebut dan berhenti untuk mendengar ceramah itu dan menegaskan penceramah ketiga dalam majlis itu yang menayangkan video lucah.

Khairul percaya ceramah politik yang menayangkan video lucah itu adalah adalah menyalahi undang-undang dan membuat aduan di balai polis Gong Badak, dekat sini pada jam 3.30 petang, Isnin 29 April.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu Ustaz Zakaria Dagang berkata beliau kesal kerana imej orang agama tercemar kerana Pengerusi Minda Pondok Mohamad Zanal Abidin memakai serban dan jubah ketika menayang video lucah itu.

Menurutnya, tindakan terdesak Umno dan Barisan (BN) untuk meraih undi orang ramai itu, di restui bahkan seolah-olah didalangi oleh Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sumber Manusia Terengganu Dato' Razif.

Beliau yang juga calon PAS berkata, pihak polis mesti mengambil tindakan terhadap kejadian tersebut.

"kalau sekadar larang (tidak cukup) dia kena pantau, saya ras pihak SPR sendiri (dan) polis pun ada sama dalam pemantau (pilihanraya) yang pergi 'round' tiap-tiap malam.........tapi (pihak polis) kena ambil tindakan,"ujarnya ketika bercakap kepada pihak media di pejabat Dun PAS Seberang Takir, selepas laporan polis tersebut di buat. [Lihat Video]

Tiada ulasan: