Rabu, 22 Mei 2013

DAP minta SKMM siasat dalang di sebalik gangguan internet

roketkini.com



CYBERJAYA: DAP hari ini membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung wujudnya sekatan kepada beberapa laman web parti sejak Parlimen dibubarkan April lalu walaupun suruhanjaya itu memberi jaminan tiada sebarang sekatan akan dikenakan.

Sekatan internet itu menyebabkan sebahagian besar laman web rasmi DAP mengalami gangguan.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya berkata, penapisan dan sekatan itu adalah sabotaj terhadap parti dan rakyat Malaysia yang mahu mendapatkan maklumat.

“Adalah jelas sekatan internet bagi tempoh itu terutamanya bagi laman web pro Pakatan Rakyat diletakkan di bawah pengawasan, penapisan dan sekatan tanpa pengetahuan, ini merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap jaminan SKMM yang kononnya “Tiada Penapisan Internet”,” ujar beliau.

Pada sidang media di pejabat SKMM, Pengurus Unit IT DAP Kebangsaan, Goh Kheng Teong berkata, penapisan internet yang berlaku itu belum pernah terjadi dan menyifatkan ianya sebagai perbuatan jahat.
“Ia direka untuk menapis laman web tertentu, akaun facebook, video pada video dan penstriman video secara langsung.

“Kita telah menemui bukti bawaha wujud penapisan internet sejak awal April lalu melalui satu kajian teknikal secara menyeluruh seperti yang disiarkan pada satu laman web forum internet popular pada 1 Mei lalu dengan link https://forum.lowyat.net/topic/2794929 “, jelasnya.

Ditanya mengenai dalang di sebalik serangan dalam talian itu, Kheng Teong tidak menolak ia dilakukan oleh mereka yang mempunyai hubungan dengan syarikat telekomunikasi tertentu dan mempunyai akses kepada sistem data.

Beliau menjelaskan bahawa penapisan internet itu menggunakan Deep Packet Inspection (DPI) yang mana DPI membenarkan sekatan terhadap sesuatu kandungan spesifik pada internet tanpa menyekat keseluruhan laman web.

Justeru itu, Kheng Teong berharap dengan penemuan bukti ini, SKMM perlu mengambil tindakan segera demi menjamin integriti SKMM sendiri dan kebebasan bermaklumat rakyat Malaysia.

“SKMM perlu bebas daripada sebarang pengaruh politik dan meletakkan kepentingan rakyat Malaysia di tempat teratas,” ujar beliau.

Antara laman web yang terjejas akibat ‘aktiviti sekatan’ ini ialah sebuah video yang dimuat naik DAP bertajuk Dalang sebenar Mei 13 dibongkar oleh Datuk Mohd Tamrin Ghafar di pautan http://www.youtube.com/watch?v=uI7xB3d2rNA

Selain itu laman web DAP yang menjadi sasaran serangan sekatan sejak Parlimen dibubarkan ialah:

1. http://dapmalaysia.org
2. http://ubah.my
3. http://ubah.tv
4. http://facebook.com/DAPMalaysia
5. http://facebook.com/DAPMalaysia.zh
6. http://blog.limkitsiang.com
7. Akaun Livestream Ubah.TV :- http://new.livestream.com/accounts/3410615/events/1978169 (operasi berakhir 9 May)
8. https://www.youtube.com/watch?v=9jQuCRcdbVM
9. http://sakmongkol.blogspot.com
10. http://www.freemalaysiatoday.com

Tiada ulasan: