Ahad, 19 Mei 2013

Bagaimana Idris Mahu Buktikan Dirinya Telus, Suci lagi Bersih??

Editor BULETIN

    http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/Idris%20Jusoh%20Patrick%20Lim.jpg [Gambar - Idris bersama Patrick Lim........rakan kongsi projek Monsoon Cup dan Taman tamadun Islam (TTI)???]

    KUALA TERENGGANU - Mantan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan tahun 1995 -1997 yang juga mantan Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Idris Jusoh telah dilantik menjadi Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi dalam kabinet sebagaimana diumumkan pada 15 Mei lalu.

    Pelantikan Idris itu dipuja-puji oleh media arus perdana yang dikuasai Umno dan disambut gembira pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) walaupun prestasi Umno dan Barisan Naional (BN) paling teruk dalam sejarah pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) lalu.


    Sebaliknya, bagi rakyat biasa dinegeri Terengganu, pada umumnya tidak merasa sukacita, malah merasa hairan, bagaimana Perdana Menteri Dato' Seri najib Razak boleh melantik Idris menjadi menteri kabinetnya.

    Sehari sebelum pelantikan Idris, satu laporan polis dibuat oleh petugas SPR di Besut yang mendedahkan pada hari mengundi, calon BN Parlimen kawasan itu, Idris sendiri, telah mengurung 24 petugas untuk memangkah kertas undi pada har pengundian .

    Idris yang dilaporkan memiliki pengiktirafan dan anugerah hebat dalam akademiknya, sebaliknya mempunyai rekod buruk tadbir urus (Good Governance) di peringkat persekutuan dan kerajaan negeri Terengganu.

    Idris yang menjadi Pengurus dan Pengarah syarikat milik keluarganya Jusoh Enterprise Sdn Bhd (JESB) sejak tahun 1998, telah 'dihilangkan' namanya dari syarikat tersebut apabila beliau menjawat menjawat jawatan Timbalan Menteri Pembangunan selepas pilihanraya umum kali ke-9 pada 25 April, 1995.

    Selepas itu, secara rasminya, syarikat keluarganya diuruskan oleh adik beradiknya, dengan abangnya Abd. Kadir Jusoh menjadi Ketua Pegawai Eksekutif JESB, namun sudah menjadi rahsia umum, Idris mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.

    Oleh yang demikian, bagaimanakah Idris mahu membuktikan beliau adalah seorang Menteri yang telus, selepas dilantik sebagai Menteri penuh membarisi kabinet Najib?

    Bermula tahun 2000 sehingga kini, Idris telah dilantik menjadi Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Terengganu dari tahun 2000 hingga tahun 2008.

    Pada ketika itu juga beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan menjadi orang yang paling berkuasa menentukan perbelanjaan 'Wang Ehsan' setelah pembayaran royalti minyak dirampas dari kerajaan negeri.

    Setelah beliau menjatuhkan kerajaan PAS Terengganu dengan manupulasi pilihanraya pada tahun 2004, Idris dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu sehingga tahun 2008.

    Justeru adakah Idris seorang pemimpin yang telus apabila syarikat milik keluarganya terus menerus mendapat projek kerajaan bernilai puluhan juta ringgit ketika beliau memegang jawatan dalam Umno dan kerajaan persekutuan serta kerajaan negeri Terengganu.

    Pada Januari 2004, ketika Idris memegang jawatan Pengerusi KETENGAH, Jusoh Enterprise Sdn Bhd dilaporkan membolot projek dua sekolah di Besut iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila (RM13,550,070.50), Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud (RM6,918,115) dan dua lagi sekolah di Kuala Terengganu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaaan Kompleks Pengadang Baru (RM14,100,000) dan Sekolah Menengah Tanjung Gelam (RM4,262,700).

    Pada tahun 2007, ketika Idris masih memegang jawatan Menteri Besar Terengganu, menurut Butiran Projek DiAwad Menurut Lokasi Dan kategori Projek yang dikeluarkan oleh CIDB Jusoh Enterprise telah mendapat kontrak kerajaan projek infrastruktur di negeri Terengganu berjumlah RM17, 918, 098.00 [klik sini]

    Tiada ulasan: