Sabtu, 4 Mei 2013

Anwar akan imbangkan ekonomi pasaran terbuka dengan ‘Occupy Wall Street’

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR— Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengatakan beliau berhasrat untuk memansuhkan polisi pro Bumiputera yang diamalkan sekarang dengan program sosial yang lebih mesra kepada semua kaum jika Pakatan Rakyat (PR) menang esok.

Dalam wawancara dengan Financial Times yang disiarkan hari ini, Ketua Pembangkang itu mengatakan sistem diamalkan sekarang memecah belahkan rakyat berbilang kaum.

“Saya menganggap ia usang dan berbahaya kepada daya saing negara,” katanya mengenai program semasa tindakan afirmatif kerajaan.

Dasar Bumiputera yang telah dikritik kerana disalahgunakan oleh ahli-ahli politik untuk manfaat kroni dan syarikat-syarikat rapat dengan mereka berbanding membantu Melayu miskin.

Walaupun Barisan Nasional (BN) mempertahankan sistem itu — dengan mengatakan jumlah besar kelas menengah Melayu — Bumiputera telah dilahirkan sebagai hasilnya — Datuk Seri Najib Razak mengakui keperluan untuk menyemak semula polisi tersebut.

Presiden Umno tersebut telah merayu agar rakyat memberikan mandat untuk beliau teruskan apa yang beliau katakan sebagai lebih banyak reformasi.

Tiada ulasan: