Selasa, 21 Mei 2013

Adun PR mahu cabar perlembagaan

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad
 
SHAH ALAM - Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia (Adun), Nik Nazmi Nik Ahmad akan membawa kes himpunan 'Blackout 505'  ke Mahkamah Tinggi bagi mencabar Akta Perhimpunan Aman.

Menurutnya, kes yang melibatkan diri beliau ini adalah bersifat terpilih dan berbentuk politik yang melibatkan pihak-pihak tertentu.

"Saya dan peguam akan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi, kita nak cabar Akta Perhimpunan Aman dari sudut perlembagaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Nik Nazmi minggu lalu didakwa di bawah akta berkenaan minggu lalu kerana kegagalan menyerahkan notis 10 hari kepada polis untuk mengadakan perhimpunan 'Blackout 505' di Kelana Jaya pada 8 Mei.

Beliau mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Rohana Ayub dan dibebaskan tanpa ikat jamin.

Nik Nazmi mengaku bersalah apabila pendakwaan di bawah di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012, Seksyen 9 (1) PAA 2012, dibacakan kepadanya di Mahkamah Sesyen.

Jika didapati bersalah di bawah Seksyen 9 (1) dalam akta sama, Nik Nazmi boleh didenda sehingga RM10,000 yang boleh menyebabkan beliau hilang kerusi Dun Seri Setia.

Menurut undang-undang, beliau akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya jumlah denda ditetapkan lebih RM2,000.

Ketika dihubungi hari ini, Nik Nazmi berkata beliau akan ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh dua minggu seperti mana tempoh yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Syesyen.

"Mudah-mudahan kes ini segera selesai, saya ada banyak lagi tugas untuk diselesaikan di Seri Setia," katanya.

Tiada ulasan: