Rabu, 20 Mac 2013

Tindakan terhadap peguam video pendedahan ‘selepas siasatan’

Oleh Zurairi AR dan Ida Lim

 Chong dirakamkan dalam video Global Witsness memberi penjelasan teliti tentang bagaimana pelabur boleh mengelak cukai dari keuntungan hartanah, dan mencapai 51 peratus keperluan ekuiti Bumiputera. - Gambar screenshot dari YouTube KUALA LUMPUR– Persatuan Peguam Sarawak (AAS) akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap peguam yang muncul dalam klip video Global Witness (GW) menuduh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya terlibat dalam mendapatkan tanah secara tidak sah, kata jurucakap.

Di dalam video GW tersebut, peguam Sarawak dikenali sebagai Alvin Chong dikatakan mewakili adik beradik Fatimah Abdul Rahman dan Norlia Abdul Rahman, menyatakan terdapat kemungkinan rundingan haram.

Kedua-duanya merupakan anak perempuan kepada bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Rahman Ya’akub dan juga merupakan sepupu kepada Taib.

“AAS akan mengambil tindakan sewajarnya selepas menjalankan siasatan. Salah satu kemungkinan tindakan adalah untuk merujuk semua aduan yang diterima mengenai perkara ini kepada Jawatankuasa Siasatan Peguam Bela,” kata seorang jurucakap AAS kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi melalui pesanan ringkas.

Jawatankuasa Siasatan Peguam Bela adalah badan berkanun bebas daripada AAS, terdiri daripada peguam kanan dari negeri itu yang dilantik oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak.

LIHAT VIDEO DI SINI
 
Peguam kedua-dua negeri Borneo ini bukan di bawah bidang kuasa Majlis Peguam Malaysia, yang hanya mewakili peguam di semenanjung Malaysia.

The Malaysian Insider difahamkan, aduan terhadap ahli AAS boleh dilakukan oleh ahli atau orang ramai.

Dalam klip video 16 minit tersebut, penyiasat GW yang menyamar menjadi pelabur luar, menunjukkan sedutan perbualan dengan sepupu dan peguam Taib, untuk membeli tanah dengan keuntungan besar tetapi akan menyebabkan orang asal di kawasan tersebut kehilangan tanah.

Chong dirakamkan dalam video tersebut memberi penjelasan teliti tentang bagaimana pelabur boleh mengelak cukai dari keuntungan hartanah, dan mencapai 51 peratus keperluan ekuiti Bumiputera.
Firmanya, Alvin Chong and Partners mengeluarkan kenyataan kepada GW, yang juga dimasukkan dalam video tersebut.

“Kami menafikan En Chong menjadi jurucakap undang-undang kepada pihak dituduh.

“Kami menafikan sebarang perbincangan untuk melarikan diri dari cukai dan jika terdapat sebarang kononnya perbincangan, itu hanyalah andaian,” kata firma tersebut.

Taib juga mencadangkan semalam sepupunya dan semua yang terlibat dalam video pendedahan tersebut telah menawarkan diri mereka sebagai ejennya untuk mendapatkan ganjaran.

“Ok saya sudah lihat apa yang dikatakan sebagai bukti. Bukankah itu seseorang yang cuba untuk menawarkan diri mereka sebagai egen untuk mendapatkan ganjaran daripada saya?

“Ia tiada kena mengena dengan saya. Saya rasa mereka sedikit nakal. Mereka menggunakan kuasa besar untuk memburukkan nama saya,” kata ketua menteri Sarawak apabila ditemui oleh pemberita di ibu negeri tersebut di Kuching.

Tiada ulasan: