Ahad, 31 Mac 2013

Timbalan pangku tugas Jui Meng di Johor

 


 
PKR Johor kini dipangku oleh timbalan pengerusi majlis pimpinan negeri Dr Ahmad Faidhi Saidi selepas bosnya Chua Jui Meng terus tidak tampil di khalayak umum.

Perkara ini disahkan oleh timbalan setiausaha PKR negeri Steven Choong, yang dilihat sebagai orang Chua.

azlanMenurut Chong, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat perhubungan negeri dua hari lalu.

"Dalam mesyuarat itu, secara sebulat suara diputuskan, ketika Chua bercuti, kedudukannya diserahkan kepada pihak pusat untuk membuat keputusan, tetapi beliau (Ahmad) perlu ambil peranan untuk memastikan parti berjalan."

"Menurut perlembagaan, apabila pemimpin negeri tidak ada, timbalannya akan menjadi pemangku," kata Chong kepada Malaysiakini.

Sikap Chua (atas) itu sebelum ini dispekulasikan ekoran perasaan tidak puas hati terhadap keputusan pembangkang memberikan kerusi Gelang Patah kepada pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, kerusi yang dikatakan diintainya terlebih dahulu.

Tiada ulasan: