Selasa, 12 Mac 2013

Tarik Balik Rayuan Keputusan Kes Liwat II


azlan lazim bapa saiful masuk PKR 03


PETALING JAYA : Seorang Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Peguam Negara (AG) perlu mengkaji dan menarik balik rayuan ke atas keputusan kes liwat II elepas pendedahan yang dilakukan oleh bapa Saiful Bukhari, Azlan Md Lazim.

Menurut Sivarasa, AG tidak perlu meneruskan rayuan kes ini kerana fokus sebenar adalah perkara yang berlaku disebalik dakwaan Saiful Bukhari sehingga ia berjalan sehingga ke peringkat mahkamah.

“Tak guna peguam negara membuang masa dan duit rakyat bagi meneruskan dengan rayuan ini.

“Sekarang fokus kita adalah lebih kepada apa yang sebenarnya berlaku dalam kes ini dan macam mana tuduhan siasatan ini berjalan sampai ke peringkat mahkamah,” katanya di Ibu Pejabat PKR disini hari ini.

Menurutnya, satu siasatan khusus perlu ditubuhkan bagi menyiasat pendedahan yang dilakukan oleh Azlan itu yang menyatakan kes liwat II merupakan satu konspirasi jahat bagi menjatuhkan Anwar, Ketua Umum PKR.

Azlan membuat dakwaan tersebut pada Mac 8 dan mengatakan kes itu adalah konspirasi daripada pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan.

Katanya, tuduhan Azlan merupakan suatu perkara yang serius kerana ia melibatkan peguam dan pegawai khas kepada Perdana Menteri sendiri.

“Dia (Azlan) bagi contoh khusus dalam semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan olehnya adalah ditulis oleh Khairul Annas Jusoh atau peguam (zamri Idrus) yang dilantiknya, dia hanya baca.
sivarasa long pc 01

“Ini adalah tuduhan yang serius dan satu siasatan khusus mungkin dalam bentuk suruhanjaya diraja perlu dibentuk untuk membuka siasatan dan mengkaji macam mana tuduhan ini bermula.

“Siapakah dalang dia, apakah peranan Khairul Annas, adakah apa-apa hubungan kaitan dengan Perdana Menteri sendiri,” katanya yang merupakan Ahli Parlimen Subang.

Pada 9 Januari tahun lalu, Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari, oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Akan tetapi Pejabat Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.

Tiada ulasan: