Jumaat, 15 Mac 2013

Syarikat berkaitan Taib mahu keluar dari Dayang



 

Naim Holdings Bhd - syarikat yang terkait rapat dengan keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud - sedang berusaha menjual pegangan 33.64 peratus dalam syarikat gas dan minyak Dayang Enterprise Holdings Bhd, kata sumber industri.

Difahamkan, Naim sudah mendekati beberapa pihak bagi menjual blok saham atau sebahagian daripadanya, tetapi masih belum jaminan belian akan dibuat.

"Tidak mungkin untuk sesiapa pun membuat tawaran am kepada syarikat.

"Pengurusan mempunyai kira-kira 30 peratus lagi... dan mereka mendapat sokongan minoriti," kata sumber itu.

Menurut laporan tahunan Dayang, pengurusan yang diketuai oleh Pengarah Tengku Yusuf Tengku Ahmad Shahruddin dan pengasas keluarga Ling mempunyai lebih 32 peratus pegangan dalam Dayang.

Tiada ulasan: