Ahad, 17 Mac 2013

Setiap Kerajaan Ada 'Ajalnya'

 Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/UHT1.jpgKUALA TERENGGANU - Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat YB Dato' Ustaz Harun Taib menegaskan, setiap kerajaan itu ada ajalnya, dimana ia akan berakhir apabila habis umurnya, samada jatuh atau ditumbangkan.

Sebaliknya, kata beliau, akidah Islam akan terus berkembang dan fahaman islam yang diperjuangkan PAS akan terus berkobar.

"setiap kerajaan itu ada tempoh masanya ada ajalnya, sampai umur akan mati, walau pun dijaga dengan rapi, kerajaan ini sampai masanya akan jatuh, walau pun mereka mempertahankan dengan habis-habisan, habis tenaga.....habis kekuatan....habis kewangan......... apabila sampai masanya dia akan tumbang,

"kita (PAS) yakin akan diberi kemenangan sebagaimana yang dijanjikan Allah dan nabi (Muhammad SAW) telah mengingatkan kepada kita, Islam akan berkembang dimana sahaja adanya matahari dan bulan,"jelasnya. [Lihat Video]
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Dana PRU-13 Parlimen Kuala Nerus disini pada Jumaat 15 Mac.

Menurutnya, PAS tidak memberikan wang ringgit kepada para pengundi untuk menarik mereka supaya mengundi PAS dalam pilihanraya sebagaimana yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Tetapi PAS, katanya, memberikan idea dan memberikan keyakinan serta akidah yang akan berterusan dan tidak habis-habis.

Oleh itu, katanya, PAS tidak gentar dengan persiapan yang dilakukan oleh musuhnya dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

"sebab itu kita tidak gentar dan takut dengan persiapan oleh lawan kita, setiap kali kita mengahdapi pilihanraya bukan dengan kewangan yang cukup, tetapi kita berbeza dengan mereka,

"mereka bagi duit.....duit akan habis.......kita tak bagi duit........kita bagi idea, bagi pendangan, akidah (dan) keyakinan........(an) sebanyak mana kita beri pun (modal) kita tak habis........tidak akan habis apa yang kita sampaikan,"ujarnya.

Tiada ulasan: