Khamis, 14 Mac 2013

PRU13: Najib dalam ‘gear’ terakhir

 

KL TODAY

 Pada peringkat akhir merupakan jawapan yang diberikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak apabila ditanya mengenai tarikh pilihan raya umum akan datang.Seperti mana-mana ‘pelumba’, Perdana Menteri telah merancakkan lagi rentak ‘pecutan’ ke arah garisan penamat dengan memperbanyakkan lagi acara dalam diari beliau yang sudah pun penuh dengan pelbagai aktiviti.Ini bagi memastikan beliau dapat memenuhi semua perkara asas dari isu-isu negara kepada menangani masalah penting yang berkaitan dengan pemilihan calon.

Difahamkan, beliau mengambil masa antara acara pada setiap hari untuk berjumpa dengan mereka yang akan digugurkan atau tidak dipilih sebagai calon.

Setiap langkah beliau diteliti berikutan negara mengharapkan pengumuman bilakah pilihan raya umum akan dilakukan.

Dalam perjumpaan mingguan beliau dengan Yang di-Pertuan Agong pada Rabu mula menimbulkan cakap-cakap bahawa beliau menghadap Baginda bagi mendapatkan perkenan untuk membubarkan Parlimen.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengumuman mengenainya.

Dikatakan bahawa ia sekadar taklimat mingguan Perdana Menteri kepada Baginda mengenai isu-isu yang menjejaskan negara selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Kini timbul spekulasi secara meluas mengenai tarikh 25 Mac yang mana beliau akan mendapatklan perkenan Baginda untuk membubarkan Parlimen.

Pihak dalaman difahamkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan berakhoir pada 27 Mac, dan menyatakan bahawa Najib kemungkinan tidak akan membenarkan ia berlaku kerana ia akan menjadi kesan yang tidak baik kepada parti pemerintah.

Najib terus mempercepatkan langkah beliau menjelangnya pilihan raya.

Hari ini (Khamis), beliau akan merasmikan Kompleks Pakar dan Pusat Rawatan Harian (SCACC) Hospital Kuala Lumpur.

Pada Khamis juga beliau akan membuat lawatan sekian kalinya ke Kelantan di mana Barisan Nasional(BN) dikatakan akan memberikan saingan sengit kepada kerajaan PAS.

Pada Jumaat, beliau akan menyertai makan malam dengan masyarakat Cina di Seremban di mana beliau berharap untuk meningkatkan peluang BN bagi menawan semula kerusi daripada pembangkang.

Negeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri yang dipegang oleh BN yang tidak mempunyai majoriti dua pertiga.

Pada Sabtu, beliau dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai beratus ribu wanita di Putrajaya untuk Perhimpunan Ungu Jutaan Wanita bagi menyambut Hari Wanita Antarabangsa.


Menteri Besar dan Ketua Menteri akan mengetuai perhimpunan yang sama di negeri masing-masing.

Pada waktu malamnya, beliau akan menghadiri satu majlis dengan masyarakat India di Klang yang mana merupakan tempat yang dilawatinya banyak kali bagi merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.
Bagi minggu yang berikutnya, Najib dibarisi dengan beberapa acara yang penting.

Yang pertama adalah pada Isnin apabila beliau akan mengumumkan Laporan Tahunan Pemandu di mana majlis itu akan mendapat liputan “secara langsung” oleh kebanyakan stesen televisyen.

Ia akan menjadi “kad laporan” bagi negara untuk menilai pencapaian beliau sejak mengambil alih jawatan kira-kira empat tahun lalu, yang difahamkan ia seolah-olah sebagai peperiksaan dari segi pencapaiannya.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, memberitahu penonton televisyen pada Selasa bahawa ekonomi Malaysia adalah kukuh dan memberikan lonjakan dalam aliran global.

Pada suku terakhir, Malaysia mencapai pertumbuhan 6.4%, menunjukkan ekonomi kukuh.

“Apabila kita bercakap tentang faedah kepada rakyat dari 2009 hingga 2011, Pendapatan Kasar Negara per kapita telah berkembang daripada AS$6,670 kepada AS$9,970 (RM20,715 kepada RM30,965) iaitu kira-kira 49%,” katanya dalam satu wawancara di TV3.

Difahamkan bahawa pada 23 Mac, Najib akan menghadiri majlis makan malam amal untuk mengumpul sekolah persendirian Chung Hwa yang diluluskan baru-baru ini.



Beliau dijangka akan menyertai majlis itu yang akan melibatkan bintang aksi antarabangsa, Jackie Chan.
Najib dijangka menggunakan kesempatan itu untuk mengumumkan beberapa “berita baik” mengenai pendidikan Cina.

Dari situ, beliau akan beralih kepada pameran Janji Ditepati yang terakhir yang akan diadakan di padang majlis perbandaran.

Jelajah Janji Ditepati akan melibatkan Najib dengan beberapa acara untuk menyerlahkan pencapaian pentadbiran beliau selaras dengan janji-janji yang dibuat beliau apabila mengambil jawatan pada 3 April 2009.

Tiada ulasan: