Sabtu, 9 Mac 2013

Pinjaman Peruntukkan Untuk Kemudahan Sukan PBT


yunus hairi bapa angkat sukma 16 03

SHAH ALAM  : Kerajaan Negeri menyediakan pinjaman peruntukan kepada setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membaiki atau membangunkan kemudahan sukan.

Inisiatif itu diharap dapat meningkatkan mutu dan kualiti atlit Selangor, ujar Exco Belia dan Sukan, Dr. Ahmad Yunus Hairi.

“Kita faham bahawa untuk menyediakan kemudahan sukan memerlukan perbelanjaan yang besar, maka Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk memberikan pinjaman kepada mana-mana PBT.

“Dengan itu, pihak PBT bolehlah meningkatkan kemudahan seperti di padang dan sebagainya,” katanya.

yunus hairi bapa angkat sukma 16 02

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Wakitah Perlantikan Pengurus Pasukan dan Penyerahan Sukan kepada Bapa Angkat Sukma ke 16 di sini petang semalam.

Dalam pada itu, beliau berharap agar program bapa angkat tersebut dapat memberi manfaat kepada pasukan negeri dalam menghadapi kejohanan Sukma (Sukan Malaysia) ke 16 yang dijangka diadakan di Kuala Lumpur pertengahan tahun ini.

“Diharapkan Sukma pada kali ini dapat mengembalikan nostalgia kegemilangan pasukan Selangor yang kali terakhir menjadi juara pada 2006,” tambah Ahmad Yunus yang juga Adun Sijangkang.

Sejak Sukma diperkenalkan pada tahun 1986, Selangor pernah tujuh kali menjadi juara, diikuti Terengganu sebanyak empat kali, Sarawak tiga kali dan Kuala Lumpur sekali.

Tiada ulasan: