Jumaat, 29 Mac 2013

Personaliti BBC ‘diserang’ kerana terlibat dengan siri ‘propaganda’ Sarawak

TERKINI
Oleh Debra Chong
Penolong Pengarang Berita

Ben Fogle. — Gambar Wikimedia Commons KUALA LUMPUR — Personaliti televisyen terkenal Britain Ben Fogle terpaksa membatalkan untuk menjadi hos bagi sebarang aktiviti melibatkan Sarawak selepas kemarahan orang ramai dalam penglibatan beliau dalam filem pengembaraan yang ditaja kerajaan negeri untuk mempromosi negeri terbesar di Malaysia itu, di mana kontroversi mengenai pembalakan dan penanaman kelapa sawit yang dikritik pencinta alam sekitar antarabangsa.

Pengembara dan aktivis alam sekitar berumur 39 tahun itu mengatakan beliau "terkejut" dengan pendedahan video terbaru mengenai gejala rasuah berleluasa melibatkan negeri tersebut yang mengakibatkan kemusnahan habitat kehidupan haiwan liar dan ribuan orang asal di dalam hutan tersebut.

Beliau juga menambah tidak akan menerima sebarang tawaran filem dari Perbadanan Pelancongan Sarawak sehingga beliau mendapat jawapan mengenai isu alam sekitar itu.

Akhbar Britain The Independent melaporkan semalam Fogle, yang dikenali oleh penonton BBC sebagai seorang pengacara dokumentari pengembaraan, telah membuat siri filem untuk Perbadanan Pelancongan Sarawak yang bertajuk "Ben Fogle's Sarawak Adventure", di dalam siri penjelajahannya di negeri Borneo dalam kolum "Ben Fogle, The Adventurer" di akhbar Daily Telegraph dan majalah popular Hello!

"Ini adalah salah satu hutan tercantik dalam planet ini... Ini adalah masa depan perlindungan habitat di Sarawak, dan melihat keindahan alam sekitar dan kekayaan negara ini," kata Fogle dalam babak pembukaan dalam salah satu filem untuk Perbadanan Pelancongan Sarawak.Material itu juga digunakan oleh firma publisiti pelancongan Hills Balfour, dan sekumpulan ibu yang menjadi blogger di Britain yang dijemput bertemu dengan personaliti tersebut dalam satu keraian di London minggu ini, menurut laporan The Independent lagi.

Akhbar tersebut menambah blogger tersebut digalakkan berkongsi video dan dikatakan dapat mempunyai peluang menyertai "Sarawak Blogger Ambassador Club" dimana mereka mungkin memenangi lawatan ke negeri tersebut sebagai lawatan media.

"Ben Fogle di Sarawak bersama orang utan yang tidak mempunyai ibunya, Ben membandingkan mereka seperti anaknya! Sungguh comel," Hills Balfour melaporkannya di dalam Twitter, di dalam sebuah acara yang dihadiri orang ramai.

Penyertaan Fogle, yang dikenali sebagai ahli pencinta alam sekitar, dalam kempen pelancongan Sarawak menyebabkan kritikan terhadap kerajaan negeri Sarawak.

"Sesiapa yang memberi nasihat bahawa berkenaan hubungan awam kepada kerajaan negeri Sarwak mengenai isu alam sekitar sebagai idea yang bagus telah mengecewakan beliau," kata Tom Picken, ketua bahagian hutan dalam Global Witness, dilaporkan berkata sedemikian.

"Mempromosi pelancongan di Sarawak sudah baik, tetapi seharusnya ia tidak menutup isu-isu kemusnahan hutan dan eksploitasi yang memusnahkan rantau tersebut," katanya lagi.

Aktivis alam sekitar yang berpengkalan di London pada minggu lalu mendedahkan dua video bertajuk "Inside Malaysia's Shadow State" yang mendakwa menayangkan penyelewengan tanah di Sarawak yang berhubungkait dengan pentadbiran 32 tahun Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Clare Rewcastle, pengasas laman web pemberi maklumat, Sarawak Report, memberitahu bahawa hanya "orang kecil" dalam kempen propaganda tersebut, tetapi beliau turut membidas Fogle.

"Mereka yang mempunyai pengetahuan mengenai isu alam sekitar seharusnya mengetahui kemusnahan hutan oleh pembukaan ladang kelapa sawit di Malaysia dan kepura-puraan kerajaan negeri Sarawak.

"Beliau tidak seharusnya mempromosi kepada mereka yang berpura-pura melindungi habitat hutan untuk orang utan. Anda hanya boleh menjumpai orang hutan di dalam sangkar atau beberapa kawasan hutan yang kecil di mana kerajaan negeri yang sedang bertelagah dengan orang asal kerana memberi lesen memotong pokok-pokok di situ," katanya lagi.

Dalam artikel semalam, Sarawak Report mendakwa jurugambar yang mengambil gambar Fogle pada lawatannya di Sarawak, telah dipaparkan di Daily Telegraph dan Hello, ialah anak perempuan kepada ahli parlimen Baram Jacob Sagan.

"Beliau, seperti ahli keluarga politik BN Sarawak, menerima jutaan ringgit dari lesen pembalakan, yang menyebabkan kemusnahan alam sekitar Borneo," kata blogger tersebut lagi.

BBC menafikan agensi penyiaran nasional itu terbabit dalam filem Fogle, yang mengatakan dakwaan itu salah, menurut Sarawak Report.

Menghadapi kritikan, Fogle memberitahu The Independent bahawa beliau membawa "dengan penuh tekun" di Sarawak, dan berkata maklumat dari Persatuan Kayu Balak Tropika Antarabangsa mengatakan terdapat "pembaikan dalam pengurusan hutan".

Fogle memberitahu The Independent beliau menangguhkan acara keraian bersama blogger selepas "terkejut" dengan pendedahan terbaru dan tidak akan menghadiri sebarang acara mengenai Sarawak atau menerima tawaran dari Perbadanan Pelancongan Sarawak sehingga beliau mendapat jawapan mengenai soalan beliau mengenai alam sekitar.

"Saya melawat Sarawak untuk memahami tentang situasi alam sekitar semakin baik," katanya yang mempertahankan diri.

"Saya juga berhubung dengan Global Witness untuk menyuarakan kebimbangan saya dan berbincang apa yang perlu dilakukan. Saya menyedari dakwaan mengenai rasuah, tetapi kebanyakan kerajaan - termasuk kerajaan kita - juga ada dakwaan rasuah ke atas mereka."

Beliau juga menceritakan keindahan negeri Sarawak.

"Ia sangat cantik. Sementara saya melihat sebahagian dari kawasan ladang kelapa sawit dari udara apabila terbang dari Kuching, saya tidak melawat kawasan kerosakan hutan. Saya berada di Sarawak untuk membuat filem pendek mengenai pengembaraan dalam laman web Sarawak Tourism."

Tiada ulasan: