Rabu, 27 Mac 2013

Pengarah kata berhak tayang 'Tanda Putera'

 


 
Pengarah filem kontroversi Tanda Putera Datuk Shuhaimi Baba hari ini berkata, beliau berhak menayangkan filem tersebut kepada mana-mana pihak walau kabinet memutuskan agar penayangannya ditangguh kepada umum.

NONEFilem yang ditayangkan secara tertutup dalam beberapa majlis itu akan ditayang kepada umum selepas pilihan raya umum ke-13.

Ia akan ditayangkan selepas pilihan raya bagi mengelakkan bantahan dari pihak tertentu, katanya.

"Ada dua perkara yang anda patut faham. Filem itu ditangguh dan akan ditayangkan kepada masa yang sesuai dan saya telah membuat keputusan untuk tayang selepas pilihan raya agar penonton dapat tengok dalam keadaan tenang dan tak perlu gaduh dan buat protes.

"Saya juga masih lagi memegang hak (filem), jadi sesiapa yang nak minta untuk filem itu diulas dan ditayangkan saya terima," katanya sambil menambah akan turut menayangkan filem itu kepada pembangkang sekiranya dibayar.

Filem berkenaan ditayangkan secara tertutup kepada kira-kira 3,000 orang peneroka tanah rancangan itu selepas satu majlis khas bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada bulan lalu.

Filem itu turut ditayangkan dalam satu lagi majlis bersama pelajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak pada 14 Mac dan seterusnya kepada satu lagi kumpulan pelajar dan kakitangan di kampus univerisiti tersebut di Kuantan, seminggu kemudian.

Tiada ulasan: