Rabu, 20 Mac 2013

Penerima Hak Milik Tanah Janji Beri Kepercayaan Kepada Kerajaan PR Selangor


borang 5 A hak milik tanah kampung harmoni mac 19 01

KUALA SELANGOR, : Pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) Selangor terus mendapat pujian atas kegigihannya untuk memastikan bahawa mereka yang menduduki sebidang tanah pada masa yang panjang, diberikan hak milik terhadap tanah tersebut.
borang 5 A hak milik tanah kampung harmoni mac 19 03
Menurut penerima hak milik tanah di Kampung Sri Aman, P. John Periasammy, 48, seorang penduduk Kampung Harmoni, Ijok, keadaan itu berbeza ketika di era BN yang hanya tahu berjanji, tetapi tidak menunaikannya.

“Dahulu masa zaman BN pun mereka ada janji nak selesaikan masalah hak milik ini, tetapi cuma janji sahaja, tak pernah ditepati.

“Sekarang lain, Pakatan Rakyat nampaknya bersungguh-sungguh bantu kami dan akhirnya hari ini kami memperolehi hak milik tanah rumah kami.

“Kerajaan Negeri dah tunaikan janji mereka dan sekarang tiba giliran kami untuk tunaikan tanggungjawab kami untuk memenangkan Kerajaan Negeri yang ada sekarang dalam pilihan raya nanti” kata P. John ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Borang 5A di Dewan Kampung Harmoni Ijok semalam.
borang 5 A hak milik tanah kampung harmoni mac 19 02
Penduduk Kampung Seri Sentosa, Amat Ali Yasin, 67 pula, beliau amat bersyukur apabila akhirnya beliau berjaya memperolehi hak milik kepada tanah yang beliau duduki selama lebih 40 tahun.

“Syukur, sekarang lega, dah tak bimbang-bimbang lagi dah sebab tanah yang Pak Cik duduk dah sah milik Pak Cik,” ujar beliau.

Arragee Chiniyya, 53 yang mendiami kampung Sri Sentosa pula berkata kejayaan ini membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri kepada rakyat.

“Hari ini saya gembira dan terima kasih kepada Menteri Besar yang berjaya menyelesaikan masalah saya yang sudah lebih 50 tahun berlarutan,” katanya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika berucap dalam majlis sama berkata sehingga kini sudah lebih 70,000 orang telah menerima geran hak milik tanah sepanjang Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Selangor.

“Tak kira parti apa, semua orang yang mempunyai hak ke atas sesuatu tanah kediaman, Kerajaan Negeri akan usahakan supaya mereka dapat hak mereka.

“Begitu juga tanah milik Keretapi Tanah Melayu yang tidak digunakan, saya akan serahkan kepada penduduk di situ yang berhak,” ujar beliau.

Semalam majlis penyerahan Borang 5A kepada 316 penduduk Kampung Seri Sentosa, Kampung Sri Aman dan Kampung Java Estet telah diadakan di Dewan Kampung Harmoni di sini.

Borang 5A adalah surat tawaran memiliki tanah dari Kerajaan Negeri kepada seseorang individu.

Borang tersebut juga diangap sebagai pengesahan pemilikan tanah oleh seseorang individu dengan bayaran premium RM1,000 sahaja.

Ketika di era Umno-BN mentadbir, penerima borang 5A dikehendaki membayar premium sekurang-kurangnya 20 peratus dari nilai tanah menyebabkan terdapat penerima tawaran dikalangan berpendapatan rendah terpaksa menolak kerana tidak mampu membayar premium yang tinggi.

Tiada ulasan: