Rabu, 20 Mac 2013

Papa Gomo pula mahu Anwar tarik balik kes

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu wawancara eksklusif di pejabatnya. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR

 
SHAH ALAM - Enggan menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf walaupun bakal berhadapan saman berjumlah RM100 juta, pemblog Papa Gomo sebaliknya mahu mendedahkan lebih banyak video  membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi sebuah entri di blognya semalam, Papa Gomo berkata, beliau ingin mengikut jejak langkah idolanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang enggan memohon maaf apabila menggelarkan Anwar sebagai homoseksual.

"Saya nak menyatakan bahawa saya memohon maaf kepada Datuk Seri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Datuk Seri agar rakyat mengetahui kebenarannya," tulis blogger pro-Umno berkenaan.

Beliau juga memberi tempoh sama kepada Anwar iaitu 48 jam supaya pemimpin itu menarik balik saman terhadapnya jika tidak mahu lebih banyak pendedahan dibuat.

Anwar memulakan proses perundangan ekoran pendedahan gambar dan video lelaki mirip pemimpin utama pembangkang itu, semalam.

Ketua Umum PKR itu memberi masa 48 jam supaya Papa Gomo menarik balik tuduhan dan memohon maaf terhadapnya.

Namun Papa Gomo dilihat bertegas dengan pendedahannya itu.

Menurut Papa Gomo, apa yang dilakukannya hanyalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin.

Tiada ulasan: