Sabtu, 30 Mac 2013

MB: 'Calon BN Pahang muktamad, tapi boleh ubah'

SINAR HARIAN

Adnan Yaakob
Datuk Seri Adnan Yaakob
 
KUANTAN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata dalam pertemuan dengan perdana menteri semalam, BN negeri menyerahkan senarai nama calon akhir untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Boleh dikatakan senarai itu muktamad, tetapi tidak mustahil berlaku pertukaran sehingga hari penamaan calon," katanya dan  menurutnya pertukaran calon pernah berlaku di negeri ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas  merasmikan Program Gerak Mesra Komuniti 1Malaysia Pahang di  Markas  Wilayah Laut 1, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, dekat sini hari ini.

Mengenai pembubaran Parlimen, Menteri Besar Pahang itu berkata: "Beliau (Perdana Menteri) adalah seorang yang teliti dan  berhati-hati dan saya percaya banyak perkara yang diambil kira oleh beliau sebelum  membuat keputusan untuk membubarkan  Parlimen." - Bernama

Tiada ulasan: