Khamis, 14 Mac 2013

Loji Langat 2: PAAB senarai pendek 5 firma

 


 
Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) telah menyenarai pendek lima syarikat yang membida projek loji rawatan air bernilai RM1.2 bilion dengan kapasiti 1130 liter sehari (JLH), yang merupakan sebahagian daripada kemudahan rawatan air Langat 2, demikian menurut sumber.

Lima syarikat tersebut ialah IJM Corp Bhd, Gamuda Bhd, UEM Construction Sdn Bhd, syarikat usahasama antara Salcon Bhd, MMC Corp Bhd dan Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB), serta Asia Baru Construction Sdn Bhd.

Pegawai dari PAAB tidak mahu mengulas ketika dihubungi KiniBiz.

Bagaimanapun sumber-sumber industri berkata, lembaga PAAB mungkin membincangkan bidaan tersebut dan mengesyorkan kepada Kementerian Kewangan menjelang akhir bulan.

"Ia adalah muka-muka biasa ... termasuk semua nama besar. IJM, Gamuda, UEM," kata salah sebuah syarikat pembida.

Tiada ulasan: