Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata insiden di Lahad Datu bukan peperangan tetapi pencerobohan terhadap negara serta kedaulatan Malaysia.

NONE"Jadi, langkah terbaik ialah menyerahkannya kepada polis kerana apabila melibatkan keselamatan negara, ia menjadi tanggungjawab polis," katanya.

Beliau memberitahu pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada majlis dialog tentang penubuhan Majlis Hukuman di ibunegara hari ini.

"Sekiranya ia suatu peperangan, maka Konvensyen Geneva akan terpakai.

"Tapi, ini tidak. Ia masih di peringkat pencerobohan," tambahnya.

Katanya, tuduhan yang akan dikenakan terhadap penceroboh bersenjata di Sabah ialah membunuh lapan anggota polis.

"Sekiranya mereka melanggar undang-undang Malaysia, mereka akan dihadapkan ke mahkamah di negara ini bagi jenayah yang mereka lakukan, yang pasti kerana melakukan pembunuhan," tambahnya.- Bernama