Isnin, 4 Mac 2013

Ku Nan kata media sosial pembangkang lebih mendahului?



Oleh Anuar Mohd Nor

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan mengakui bahawa media sosial pembangkang mendahului media sosial milik penyokong dan ahli UMNO.Ini dilaporkan dalam sebuah laman portal berita.

Adakah benar media sosial pembangkang mendahului media sosial penyokong dan ahli UMNO? Ramai pengamal media sosial dalam UMNO berasa kecewa dengan komen Setiausaha Agung.

Namun persoalan utama yang perlu tanya adalah kesan media sosial ini terhadap politik negara ini. Saya pernah bertemu dengan Setiausaha Agung ini dan berbicara mengenai media sosial UMNO dan bagaimana ada kalanya kita tersasar mengenai kesan media sosial dan cara media sosial ini beroperasi.

Saya juga pernah membicarakan perbezaan media sosial dengan portal berita - apabila bloggers kita juga seolah-olah dikategorikan sebagai pengamal media - "reporter" - editor, sedangkan blog adalah lebih kepada pendapat individu.

Apa makna ketinggalan seperti yang dimaksudkan oleh Ku Nan? Sebenarnya banyak perkara yang perlu kita ketahui dalam usaha menjadi laman yang berkesan dan memberi impak kepada pembaca.

Kita lihat ada persamaan dalam melihat penjualan Harian Metro berbanding dengan Utusan - dalam konteks laman media sosial ini - antara media sosial dan portal politik berita dalam konteks politik. Kita juga perlu membezakan antara laman portal politik dalam mengukur kejayaan laman itu mendominasi pemikiran rakyat.

Sebenarnya keseluruhan dalam penyampaian berita - media bagi UMNO tidak wujud dengan cemerlang. Media kita hari ini berat kepada media sosial - dalam media sosial - facebook, blog, twitter kita memang champion namun dalam menjadikan media itu satu senjata kuat ia perlu menyeluruh - saya pernah bertemu dengan Ketua Penerangan UMNO dalam isu ini - iaitu menyeluruh kan media pro kerajaan dengan menggunakan semua medium termasuk cetakan, elektronik dan termasuk media parti dalam bentuk cetakan.

Namun mungkin kesibukan dan keghairahan maka fokus kita hanya media sosial. Saya dalam membicarakan isu ini - turut mencadangkan beberapa bentuk media untuk tujuan perang saraf - portal berita dan sebagainya tetapi mereka lebih ralik mendengar kekuatan dan keadaan selesa dari melihat bahaya akan datang. — umno-reform2.com

Tiada ulasan: