Sabtu, 9 Mac 2013

Isu Kalimah Allah; Umno Tipu Rakyat

Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/Ust%20Mohd%20Nor%20Hamzah.pngMARANG - Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata Umno telah menipu rakyat khususnya orang-orang Melayu beragama Islam dalam isu kalimah Allah dengan menuduh PAS yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah, kerana mengikut telunjuk DAP.

Sedangkan sebaliknya, kata beliau, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Majlis Sura Ulamak PAS telah mengeluarkan kenyataan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam dalam amalan atau kehidupan harian kerana Allah membenarkanNya dalam firmanNya di dalam al-Quran.

"Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”.

"Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid),"ujar beliau memetik ayat 63 dari surah al-Ankabut di dalam al-Quran.

Menurutnya, berdasarkan ayat tersebut, Allah sendiri didalam al-Quran tidak murka kepada orang-orang kafir menyebut kalimah Allah dalam kehidupan seharian.

Begitu juga kata beliau, menurut ayat tersebut, Allah telah mengajar rasulNya nabi Muhammad supaya tidak marah sekiranya orang-orang bukan Islam menyebut nama Allah dalam kehidupan seharian, bahkan Allah menyuruh Muhammad SAW menyebut 'AlhamduliLlah' [Lihat Video]
Kerana itu menurut beliau, kerajaan Umno sendiri dan para mufti tidak marah dan mengambil tindakan kepada pegawai polis yang menggunakan logo yang bertulis kalimah Allah di baju dan topi mereka.

Begitu juga, kata beliau, tidak menjadi kesalahan kepada orang-orang Islam yang mengucapkan kalimah Allah, ketika menyanyikan lagu-lagu yang disebutkan kalimah Allah dalam senikatanya, sebagaimana yang telah diamalkan oleh banyak negeri-negeri di Malaysia.

Selain itu, belau menegaskan, Dato' Seri Abdul Hadi pada masa yang sama mengeluarkan kenyataan bahawa kalimah Allah tidak wajar disalah gunakan oleh pihak lain, sehingga mengelirukan masyarakat dan orang-orang Islam.

Penyalahgunaan itu dilarang sama sekali tidak kira kepada sesiapa sahaja, sama orang-orang bukan Islam yang menganut mana-mana agama, atau pun kepada orang-orang Islam sendiri.

Sebaliknya, menurut Ustaz Mohd Nor yang juga ADUN Bukit Payong, kerajaan Umno dan Barisan Nasional yang telah membenarkan orang-orang bukan islam menggunakan kalimah Allah sehingga menyebabkan orang-orang Melayu beragama Islam menjadi terkeliru.

Katanya, antara tindakan kerajaan dan pemimpin Umno serta Barisan Nasional (BN) membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dengan cara mengelirukan umat Islam adalah seperti berikut;

1. Pada 31 Disember 2009, Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya

2. Naib Presiden Umno Dato Seri Hishamuddin Hussein pada Sidang kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ke-4 di Kuala Lumpur, 1 Ogos 2010 telah berkata “Menteri sebelum saya tidak sepatutnya mengharamkan perkataan “Allah” daripada digunakan oleh Gereja Katolik”

3. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz dipetik media berkata pada 15 Januari 2010, "Penganut Kristian bolehh terus menggunakan kalimah tersbut (Allah) bagi tejemahan 'God' dalam bahasa Malaysia kerana mereka telah menguunakannya sejak 300 tahun lalu'. [Lihat Video]

Tiada ulasan: