Isnin, 11 Mac 2013

GLC Selangor Perlu Bantu Selesai Masalah Rakyat


MB Majlis Ramah Mesra  bersama Belia Jaya Setia 07

BESTARI JAYA  : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC) supaya mengambil tahu permasalahan rakyat selain bersama menyelesaikan masalah pembangunan masyarakat setempat.

MB Majlis Ramah Mesra  bersama Belia Jaya Setia 06

Katanya, perkara itu perlu sentiasa dilakukan bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang merupakan strategi penting sebagai pemangkin dan pemacu sosioekonomi negara, sekali gus menjamin sesebuah badan korporat kekal bertahan dalam jangka masa panjang.

Sehubungan itu, jelas beliau, adalah penting bagi sektor itu mengintegrasikan CSR dalam pelaksanaan aspek pembangunan operasi mereka.

“Masyarakat merupakan sumber penentu kepada pertumbuhan dan keuntungan jangka panjang syarikat.

MB Majlis Ramah Mesra  bersama Belia Jaya Setia 05

Oleh itu, mereka tidak hanya perlu menitikberatkan proses dan sumber ke arah keuntungan semata-mata tetapi juga mengambil kira nilai tanggungjawab dalam menjamin dan mengutamakan kesejahteraan masyarakat dan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Himpunan Perangsang bersama rakyat di Kampung Jaya Setia, di sini.

Dalam program yang dianjurkan oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad itu bertujuan untuk berkongsi keuntungan yang diperolehi oleh syarikat GLC terbabit kepada rakyat negeri Selangor.

MB Majlis Ramah Mesra  bersama Belia Jaya Setia 04

Ketua Jabatan Agama Kumpulan Perangsang, Zaharuddin Muhammad ketika ditemui berkata program itu merupakan program penutup yang sebelum ini pernah diadakan di tujuh daerah yang lain, antaranya Hulu Selangor, Sepang, Sabak Bernam, Kuala Langat, Hulu Langat, Petaling dan Gombak.

Beliau selaku Ketua Pengarah Induk program tu berkata ia dilakukan sebagai memenuhi tanggungjawab CSR kepada masyarakat setempat.

MB Majlis Ramah Mesra  bersama Belia Jaya Setia 03

“Rakyat Selangor merupakan pelanggan kami, kami bekerja untuk rakyat, kami memikul amanah yang diberikan rakyat untuk mengurus harta-harta rakyat. Jadi disamping zakat yang dikeluarkan daripada keuntungan itu, kami juga menyalurkan kepada rakyat sama ada melalui program atau secara terus,” katanya.

Seramai 100 orang turut menerima sumbangan RM100 bagi keperluan harian termasuk wang tunai RM50 seorang.

MB Majlis Ramah Mesra  bersama Belia Jaya Setia 02

Program sehari yang bermula seawal lapan pagi hingga 7.30 petang itu melibatkan aktiviti kuliah agama, sukan sepak taqraw, pertandingan melukis dan mewarna, penyerahan barangan gotong royong, kenduri rakyat, sembang santai bersama Ali XPDC dan program masjid.

Program itu juga menyaksikan masyarakat setempat bergotong royong membersihkan kawasan sekitar termasuk mengecat pagar masjid dan membersihkan Sekolah Agama kampung terbabit.

Menteri Besar turut meluangkan masa di Kampung Sungai Darah bagi merasmikan pameran kesihatan dan sukaneka yang didakan di Pusat Komuniti kampung itu.

MB Majlis Ramah Mesra  bersama Belia Jaya Setia 01

Tiada ulasan: