Selasa, 12 Mac 2013

Gamis dan SMM Sokong Penuh Manifesto PAS dan Pakatan Rakyat Terengganu

Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/safwan%20azan.pngKUALA TERENGGANU -  Secara adilnya, mahasiswa sebagai golongan 'non-partisan' melihat PAS dan Pakatan rakyat negeri Terengganu mendahului Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam mengemukakan manifesto pilhanyara umum ke-13 akan datang.

Namun begitu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) sedang menanti apakah pengumuman manifesto yang akan ditawarkan oleh Barisan Nasional (BN).

"namun secara jelasnya sekarang.........Pakatan Rakyat sedang mendahului sekarang.....terhadap tawaran kepada anak-anak muda, andaikata Barisan Nasional (BN) apa yang dilihat (sebagai) membela rakyat negeri Terengganu, kita aka tampil untuk menyatakan pendirian selepas daripada ini,"ujar Pengerusi SMM Muhammad Safwan Anang.

Sebelum itu, Presiden Gamis Muhamad Azan Safar berkata pihaknya amat menyokong manifesto yang ditawarkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat berhubung pemberian semula hak royalti minyak kepada rakyat negeri Terengganu, berbanding pemberian wang ehsan sebelum ini.

"kita diperingkat (mahasiswa) anak jati Terengganu amat menyokong dengan usaha yang ditawarkan oleh (PAS dan) Pakatan Rakyat (negeri Terengganu) dalam manifestonya........pemberian hak royalti kepada rakyat negeri Terengganu iaitu meningkat daripada 5% kepada 20%,

"sebelum ini yang kita dapat hanya wang ehsan.......kita nak 20% (sebab) daripada itu wang daripada (hasil) royalti itu yang akan dimanfaat untuk menjaga kebajikan keseluruhan rakyat Terengganu,"jelasnya.

Kedua-dua mahasiswa anak jati Terengganu itu, tampil menyatakan pendirian tersebut dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) semalam, pada Ahad 10 Mac. [Lihat Video]

Muhamad Azan yang berasal dari Besut sedang menuntut pada tahun akhir di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) manakala Muhammad Safwan pula berasal dari Kuala Terengganu sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.

Mewakili Gamis, Muhamad Azan menegaskan, tidak ada masalah kepada PAS dan Pakatan Rakyat Terengganu untuk melaksanakan janji, seterusnya memberikan kemudahan kepada rakyat khususnya anak-anak muda, sekiranya wang royalti dikembalikan dan ditingkatkan kepada 20%.

Beliau menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa tawaran manifesto oleh PAS dan Pakatan Rakyat Terengganu tidak realistik, bahkan beliau yakin ia boleh dilaksanakan sekianya wang royalti dikembalikan ke pangkuan kerajaan negeri.

Apatah lagi menurutnya, sekiranya nilai hasil terseut ditingkatkan kepada 20% setahun.

Manakala, Muhammad Safwan menjadikan kejayaan kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat menjadi kayu ukur kepada perlaksanaan janji-janji manifesto pilihanraya umum ke-13 akan datang.

"(soal) realistik atau tidak realistik (manifesto) kita melihat kepada conth apabla Pakatan Rakyat berjaya memerinta empat negeri.......lima negeri pada awalnya....itulah sebagai nilaian, kami mahasiswa memandang bahawa ianya (janji manifesto) bukan cakap-cakap kosong,

"aa beberapa isu (mengenai kerajaan Pakatan Rakyat) yang cuba dihangat-hangatkan sedang perkara itu tidak patut timbul (sebagai) isu pun,"ujarnya.

Safwan memetik perkara berkaitan program air percuma yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang telah dilaksanakan dengan jayanya, walaupun ia bukan sebahagian janji manifeto, pada pilihanraya umum sebelumnya.

Beliau juga bekata, janji memberikan insentif perkahwinan yang termasuk dalam agenda manifesto PAS Terengganu mampu dilaksanakan kerana ia telah dilaksanakan oleh kerajaan PAS Kelantan.

Tiada ulasan: