Isnin, 18 Mac 2013

Gambar Anwar Ibrahim Seks Gay? Lepas Ini Ada Video Seks Pula? Menteri Ajak Rakyat Tonton Video Seks Dulu!

Staff Berita Semasa
 
anwar gay

Gambar Anwar Ibrahim Seks Gay? : Ketika rakyat sedang giat memerhati & menilai keadaan kos hidup yang dihadapinya ketika ini, harga barang yang ada di pasaran ok atau tidak, adakah duit rakyat yang diamanahkan oleh rakyat baik di peringkat negeri atau persekutuan dijaga dengan baik atau tidak, tiba-tiba sekali lagi rakyat disogokkan lagi dengan koleksi terbaru gambar “intim” antara dua lelaki dalam sebuah bilik yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.

Kalau sebelum ini, dakwaan melibatkan Timbalan Parti Keadilan (Azmin Ali) DI SINI, kali ini bosnya pula menerima satu lagi dakwaan baru menjelang Pilihanraya Umum ke 13..

Gambar Anwar Ibrahim Seks Gay? (Dakwaan) : Adakah Ini Video Yang Dimaksudkan Mereka?

Apabila meneliti gambar-gambar yang terbaru ini, teringat Berita Semasa dengan laporan berita yang pernah kami keluarkan dahulu sekitar Januari 2012 (DI SINI) yang pernah telah memberikan “hint” bakal akan dikeluarkan satu lagi video seks yang lebih dahsyat daripada versi sebelumnya iiatu dengan pelacur China. Adakah ini video seks yang bakal dimaksudkan mereka sebelum ini?

Adakah deretan gambar Anwar Ibrahim seks gay ini (atau mungkin ada video seks) merupakan “buah tangan” terbaru daripada mereka untuk ditatapi dan dinilai oleh  rakyat Malaysia setelah lebih setahun video pertama didakwa juga melibatkan Anwar ibrahim dikeluarkan mereka dahulu?

Ini antara jawapan yang keluar daripada mulut Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim mengenai pendedahan terbaru ini :
“Ini fitnah jijik Umno menjelang pilihan raya,” katanya.

Eh….apa pula salah UMNO. Seunya salah UMNO. Mungkin ini antara bait-bait perkataan yang terpacul daripada mulut pemimpin UMNO Barisan Nasional.

Termasuklah Timbalan Menteri yang seorang ini merangkap Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan namanya menasihatkan rakyat Malaysia menilai terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan sebelum menentukan siapa pemimpin politik yang didakwa ramai itu dengan cara menonton video seks itu terlebih dahulu. Video?

Gambar Anwar Ibrahim Seks Gay : Maslan Mahu Rakyat Malaysia Nilaikan Sendiri. Tengok Dulu!

anwar ibrahim gay
Sumber : Bernama Malaysia
 
Jadi pertanyaan kami kepada Ahmad Maslan, jikalau sekarang gambar Anwar Ibrahim seks gay dikeluarkan (dakwaan), adakah ini bermakna akan keluar versi video pula? Bila?

P/S : Diharapkan kerjasama daripada anda semua. Sila jangan buang masa anda di Berita Semasa, jika hanya mahu menggunakan bahasa yang tidak elok, mencaci dan mencarut ketika menghantar komen di sini. Jika Berita Semasa berjaya mengesannya, komen anda akan serta-merta kami padamkan. kerjasama anda amat kami hargai.

Tiada ulasan: