Jumaat, 15 Mac 2013

Fathul Bari: Perpaduan Umno dan Pas perlu disegerakan

SINAR HARIAN

Fathul Bari
Fathul Bari
 
KOTA BAHRU - Perpaduan antara Umno dan Pas perlu segera diwujudkan untuk kepentingan Islam dan orang Melayu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya.
  
Beliau berkata perpaduan itu bukan untuk mana-mana pihak membubarkan parti tetapi mewujudkan kerjasama ke arah kebaikan untuk kekuatan kepada Islam dan orang Melayu.
  
"Umno telah lama hulur tangan untuk perdamaian dan perpaduan ke arah kebaikan, sewajarnya Pas menimbang dan menerima tawaran tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah isu-isu semasa kepada Penceramah Penerangan Negeri Kelantan di sini, hari ini.
  
"Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda "Susulilah perkara yang buruk dengan perkara yang baik"," katanya sambil menjelaskan dalam konteks ini perkara yang buruk ialah perpecahan dan yang baik adalah perpaduan.
  
Beliau berkata tuntutan perpaduan itu adalah tuntutan syarie maka perkara syarie perlu dilaksanakan segera mungkin. - Bernama

2 ulasan:

mansor berkata...

mace mano ni Ustaz,...tok nok tego ko peranga burok UMNO hok menyekat royalti minyok Klate....syar` i ko perbuate Najib tu...ambo ghaso Ustaz keno bekki peranga UMNO dulu...lagi pon Ustaz dok jajo ke ulu ke ilir Ustaz ni Ulamok UMNO...tugas demo la nasihat ko Najib..jange la jadi pencacai atau pelaco ugamo...kkecek tente ugamo bilo nok jago puyok nasik jah...apo la Ustaz Pahtok Beri ni ngepek mace oghe benggong....

Unknown berkata...

bodo punya ularmak.nik aziz dah janji kalau umno terima islam sebagai teras pemerintahan pas akan dibubarkan.ini tidak!!! ngaku ja negara islam,anak aku nak belajar kat sek. agama kena bayar dekat rm200 sebulan.macam sial lagi.