Selasa, 19 Mac 2013

Duit Projek Lembu RM256 Juta : Sharizat Tidak Tahu Projek NFC & Isu 2 unit Kondominium ‘One Menerung’!!

Staff Berita Semasa 
 
Shahrizat VS Rafizi Ramli

Sebelum ini Sharizat Jalil mendedahkan di mahkamah, beliau tidak mengetahui waima satu perkara pun yang mana anaknya dan suami terlibat dalam Projek Lembu NFC bernilai RM256 juta. Ibu dan isteri apakah ini?
  • Anak keluar masuk setiap hari dalam rumah
  • Suami keluar pagi. balik petang
  • Tetapi si isteri tidak tahu apa yang dilakukan oleh suami dan anaknya di luar, kerja apa dan sebagainya sehinggalah meletupnya skandal projek NFC
Nah…..ini yang berlaku dalam  kandang lembu, Oppps….kandang mahkamah ketika Datuk Seri Shahrizat Jalil memberikan keterangan.
KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini tiada anggota keluarganya yang berbincang dengan beliau mengenai pembelian dua unit kondominium.
Oleh itu, kata Shahrizat, beliau tidak tahu menahu tentang pembelian dua unit kondominium ‘One Menerung’ menggunakan dana National Feedlot Corporation (NFCorp).
Ya, mereka (anggota keluarga) tidak berbincang dengan saya,” katanya ketika disoal balas peguam Ranjit Singh dalam kes samannya terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin dan pengarah strategik parti itu, Rafizi Ramli.
Duduk serumah anak beranak, tidak tahu apa yang dilakukan suami dan anak-anaknya yang memiliki gaji RM30,000 sebulan melalui projek mega NFC ini? Hebat…..
Ketika disoal selanjutnya oleh Ranjit yang mewakili Mohd Rafizi, sama ada beliau tahu tentang sebuah syarikat yang dikenali dengan nama National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC), telah membeli kedua-dua unit itu, Shahrizat menjawab: “Saya tidak tahu”.
Ketua Pergerakan Wanita Umno itu berkata beliau menyedari tentang dakwaan berkaitan NFCorp apabila syarikat itu menjadi isu.
Shahrizat tidak bersetuju dengan cadangan Ranjit bahawa kenyataan Mohd Rafizi berhubung isu NFCorp adalah sebagai respons kepada kenyataan yang dibuat perdana menteri dan menteri pertanian dan industri asas tani di Parlimen pada 2011.
“Tidak, saya tidak bersetuju. Beliau (Mohd Rafizi) cuba menjatuhkan saya sebagai Ketua Wanita BN kerana beliau takut kepada kekuatan Wanita BN,” katanya, dan menambah kenyataan Mohd Rafizi berhubung isu NFCorp seringkali menyebut mengenai keluarganya.
Apa kaitan dengan kekuatan Ketua Wanita BN? Sekarang ini isu NFC meletup apabila ia membabitkan projek Lembu NFC yang menggunakan duit rakyat untuk kepentingan keluarga anda, suami dan anak-anak anda yang bergaji RM30,000 sebulan itu.  Teruskan membaca laporan daripada Bernama ini :
Pada 19 Jan tahun lepas, Shahrizat memfailkan saman fitnah terhadap Zuraida dan Mohd Rafizi berhubung dakwaan kenyataan fitnah yang dibuat oleh kedua-dua mereka mengenai isu NFCorp.
Beliau menuntut RM100 juta dalam ganti rugi am, teladan dan teruk daripada kedua-dua defendan.
Cuma kami ada sedikit kemusykilan di sini. Mengapa Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak menjalankan saman terhadap Ketua Audit Negara terdapat laporannya DI SINI. Masih ingat lagi bibit-bibit meletus skandal projek Lembu NFC ini?
Beliau turut memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada mengeluarkan kenyataan sama ada secara lisan atau dengan cara penerbitan terhadap beliau berhubung sebarang perkara berkaitan NFCorp atau syarikat bersekutunya.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera bersambung. – Bernama
Ini projek rakyat. Projek ini sepatutnya dipulangkan kepada rakyat. Rakyat Malaysia yang membela & dan menternak lembu majoritinya terdiri daripada bangsa Melayu. Bangsa kita semua. Mengapa tidak diagihkan kepada mereka ini?

Tetapi yang dapat pulangan terbesarnya, hanya anak-anak menteri yang tidak ada pengalaman waima sekalipun. Gaji anak menteri yang menguruskan projek lembu NFC ini RM30,000. Apabila diberikan peluang juga, projek tetap gagal. Sebaliknya duit tersebut diselewengkan untuk tujuan :
  • Sewa Pasaraya Mewah di Singapura SGD900,000 @ RM2.2 Juta Sebulan (KLIK SINI)
  • belanja kad kredit RM593,000 sebulan (KLIK SINI)
  • Beli 2 unit kondo mewah One Menerung Bangsar (KLIK SINI)
  • Melancong, beli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya dengan bayaran berjumlah RM3,363,507 & membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz berharga RM534,622 (KLIK SINI)
P/S : Jadi saranan kami duit rakyat berjumlah RM256 juta, mesti dipulangkan semula secara segera kepada kumpulan rakyat yang terbabit.

PP/S : Mana lagi bagus, agihkan duit lembu kepada 1000 penternak lembu yang berkemahiran & berpengalaman merata-rata di seluruh Malaysia ataupun melonggokkan sejumlah RM256 juta kepada hanya seorang dua anak menteri yang tiada pengalaman langsung? Apa kata anda pula?

Tiada ulasan: