Selasa, 19 Mac 2013

DAP cekap tadbir Pulau Pinang, UMNO-BN takut kalah: Mat Sabu

Roketkini.com



SKUDAI: Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu memuji kecekalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang tabah mengharungi tekanan dan cercaan penyokong taksub UMNO-Barisan Nasional (BN).

Katanya, walaupun ‘adiknya’ Lim Guan Eng sering menjadi sasaran fitnah, diserang dan pernah diberi ‘hadiah’ yang menjijikan daripada mereka, Pulau Pinang terus melakar kejayaan ditadbir dengan baik dan menjadi negeri paling telus dan maju.

“Pulau Pinang catat negeri paling kurang rasuah dalam Malaysia. Hutang RM600 juta tinggal RM30 juta, adakah BN mampu lakukan ini?” soalnya ketika berucap di majlis ulangtahun DAP ke 47, di sini, malam tadi.

Katanya, ini tidak termasuk pelbagai jenis program kebajikan kepada rakyat yang sebahagiannya ditiru BN termasuk peruntukan kepada pembangunan Islam negeri itu yang meningkat berkali ganda berbanding zaman pentadbiran BN.



Sehubungan itu, Mohamed berkata, tindakan melampau UMNO-BN yang dilihat cuba mensabotaj Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan tindakan yang bercanggah dengan prinsip demokrasi menggambarkan parti paling lama memerintah Malaysia itu takut mengalami kekalahan besar pada pilihan raya umum akan datang..

“Kami pilih cara demokrasi. Kami sertai pilihan raya sejak merdeka. Kami terima keputusan rakyat walaupun ada kalanya wujud keraguan terhadap Suruhanjaya Pilihan raya (SPR).

“Tetapi BN makin tidak menghormati demokrasi, ada insiden penyokong mereka baling batu, telur dan macam-macam lagi. Ini bukan Somalia, ini Malaysia,” katanya.

Perkara itu, menurut beliau disebabkan perjuangan UMNO-BN yang tersasar apabila penipuan, rasuah dan kepentingan kebendaan diletakkan sebagai matlamat dan telah menjadi budaya.

Selain Pulau Pinang, Mohamed memberi contoh pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui Menteri Besar yang rendah diri, tidak rasuah dan dihormati.

“Inilah contoh kerajaan yang kami mahu. Adakah tuan-tuan mahu kerajaan PR seperti ini?” soal beliau disambut dengan jawapan ‘ya’ daripada puluhan ribu hadirin. – Roketkini.com

Tiada ulasan: